Pages

Thursday 29 March 2012

Apa ada pada nama



PENDAPAT: Apakah IMPLIKASI bagi anak2 yang dinamakan dengan NAMA2 bukan Islam (Arabic)?
Aku ada terbaca satu hadith, dalam lingkungan makna; berilah anak2 dengan nama2 yang elok2, kerana dengan nama itulah mereka akan dipanggil (dipisah) pada hari akhirat kelak. Disclaimer: Maaf, pandangan orang jahil.
Tak silap aku, tiada mentioning about names in Arabic, hanya perlu yang maksud ELOK. Jadi kalau kita namakan anak kita BAIK Ibn Si Polan, atau SUPARMAN ('Lelaki Super' dalam bahasa Jawa), bukankan itu juga DOA yang dimengerti Tuhan...

Seorang sahabat karib memulakan perbincangan di facebook. Mulanya saya tidak mahu mengulas kerana tidak tahu. Tetapi, setelah didesak dengan nama dipetik, saya cuba mengulas ringkas demi meraikan beliau. Namun, entah mengapa, ulasan jadi panjang berjela sepanjang dua helai kertas A4!

Monday 19 March 2012

Nasihat buat penagih dosa



     Jangan berputus asa dari rahmat Allah. 

    Apabila melakukan dosa, pohonlah ampun kepada Allah. Apabila mengulanginya lagi, mintalah ampun lagi dan lagi. Jangan jemu meminta ampun selagi dirimu tidak jemu melakukan dosa. Allah sendiri tidak jemu mendengar rintihanmu. 


Dari hadith;


“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). [1]