Pages

Sunday 16 March 2014

Catatan Ucapan YB Ustaz Nasrudin Hasan dalam Wacana Pengukuhan Akidah – siri 1 pada 15 Mac 2014


Sangat tidak wajar jika kita sebagai seorang muslim, sebagai seorang pejuang Islam, yang mahu mengangkat kemuliaan agama Allah dari segi syariat dan syiarnya, tiba-tiba kita jahil tentang Islam. 

Kalau orang tanya kita, “Apa dasar perjuangan kamu?”

Kita jawab, “Al-Quranul karim dan hadith nabi s.aw”.  Tetapi kita buta tentang Al-Quran dan rabun tentang hadith Nabi s.a.w.  Itu sangat tidak wajar.

[YB Ustaz Nasrudin Hasan]

Catatan diambil berdasarkan ucapan di link berikut;


Friday 14 March 2014

Huraian Surah Al-Hadiid ayat 22-23 dari kitab Tafsir Al-Azhar



Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
(Al-Hadiid 57:22)


(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Al-Hadiid 57:23)


Berikut adalah petikan dari tafsir Al-Azhar*: