Pages

Thursday 30 July 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (bhgn. 2)

"Saya tidak mahu berhempas pulas memanjat tangga, tapi bila sampai di puncak, barulah tersedar yang tangga itu disandarkan pada dinding yang salah!"

Entri terdahulu:

Memburu kesihatan yang baik?

(Sekadar gambar hiasan)

Kita biasa mulakan perbualan dengan pertanyaan “Apa khabar?” dan dijawab dengan “Khabar baik”. Bagi orang yang sihat, ucapan itu biasa sahaja. Ia hanyalah sekadar pembuka bicara. Tetapi ada peristiwa yang menyebabkan persepsi saya terhadap ucapan “Apa khabar?” dan dijawab “khabar baik” berubah sama sekali.

Izinkan saya berkongsi kisah. Ia berlaku sekitar tahun 2007, di sebuah kampung di Melaka. Saya menyertai sekumpulan sukarelawan menghulurkan sumbangan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan. Kami melawat seorang perempuan tua yang mengidap penyakit strok. Seluruh anggota badan beliau lumpuh. Sewaktu kami datang, beliau sedang terbaring di atas katil walau matanya pejam celik. Kami datang membawa bersama doktor terlatih. Setelah doktor kami membuat pemeriksaan, memberi beberapa ubat-ubatan secara percuma dan khidmat nasihat ,  kami pun memohon untuk mengundur diri. Waktu itu, ada anggota pasukan kami berkata,

Tuesday 28 July 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (bhgn.1)


Semasa zaman kanak-kanak, sama seperti kanak-kanak lain, saya amat suka bermain. Bagi saya pada waktu itu, bermain itulah kerja dan kerja itu bermain. Apabila saya main pasir di halaman rumah, maka bagi saya aktiviti main pasir itu adalah satu bentuk kerja yang perlu dilakukan. Apabila ke sekolah sekali pun, saya anggap ia adalah satu bentuk permainan yang perlu dikerjakan. Cuma kali ini melibatkan orang dewasa, tidak seperti ketika bermain cikgu-cikgu dengan kawan-kawan sebaya. Saya tidak tahu membezakan antara kerja dan main. Seperti bermain, semua kerja dilakukan dengan sepenuh hati asalkan ia menyeronokkan. Jika tidak seronok, saya akan berhenti hinggalah keseronokan itu datang kembali. Segala
homework yang cikgu berikan, peperiksaan semester hinggalah ke UPSR semuanya satu bentuk permainan bagi saya. Oleh itu alam kanak-kanak saya dipenuhi dengan bermacam-macam bentuk permainan. Saya seronok melakukannya. Pada masa itu, tiada erti kejayaan bagi saya.  Yang ada hanyalah keseronokan.


(Zaman kanak-kanak. Inilah satu-satunya gambar yang jelas menunjukkan saya sedang bermain yang ada dalam simpanan)