Pages

Tuesday 8 September 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini (12) - Nikmat Tuhan tidak mampu saya gambarkan dengan kata-kata

Saya mungkin boleh gambarkan dalam bentuk ilmu dengan menyalin pandangan-pandangan para ulama. Tapi untuk benar-benar merasainya, saya perlu mengusahakannya sendiri. Sekalipun saya menyangka dapat merasainya, belum tentu rasa itu rasa yang ‘sempurna’ dan dapat kekal lama. Sampai bila-bila pun saya tidak akan mampu mendabik dada mengakui nikmat yang diperolehi itu adalah nikmat yang sempurna serta kekal sehingga hujung nyawa.

..................

Senpai , macam mana rasa wasabi?”

Saya teringat satu perbualan antara rakan-rakan dengan seorang senior (dalam bahasa Jepun di panggil Senpai). Perbualan berlaku di kolej kediaman pertama, Universiti Malaya. Di universiti inilah kami belajar bahasa Jepun, sebagai persiapan sebelum terbang ke negara matahari terbit itu.

Jawab senpai,

“Wasabi ni pedas. Tapi pedas tu tak sama macam cili. Kalau cili, rasa panas tu di lidah. Kalau kuat pedasnya, boleh rasa sampai ke seluruh mulut. Tapi, wasabi ni, panas tu sampai ke hidung.”

Saya dan kawan-kawan hanya terdiam. Sukar untuk kami gambarkan bagaimana rasanya wasabi ini. Hinggalah apabila saya dapat peluang merasainya sendiri, barulah saya faham.

(Hanya yang pernah makan wasabi tahu bagaimana rasanya wasabi. Sumber gambar)


Ketika di Jepun, saya menghadapi masalah apabila kawan-kawan Jepun bertanya,

“Bagaimana rasa durian?”

Friday 4 September 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini (11) – Atas tilam pun boleh berhubung dengan Tuhan

(Carilah ketenangan hati dengan banyak mengingati Allah: Sumber gambar)

Saya percaya, antara nikmat yang besar bagi seorang muslim ialah apabila dapat berhubung secara langsung dengan Tuhan. Rasa seperti tidak lengkap apabila membicarakan soal nikmat menjadi orang Islam, hal ini tidak disentuh. Namun, topik ini amat berat bagi saya. Orang yang tidak memiliki, tidak akan mampu memberi. Justeru cukuplah sekadar saya kongsikan perbualan bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan whatsapp yang saya sertai. Mudah-mudahan, dengan banyak mengingat nikmat Allah ini, akan segarlah hati untuk sentiasa mensyukuri dan meningkatkan ketaatan kepadaNya.
...........................................