Pages

Friday 26 August 2016

KOLEKSI CATATAN (11) - BASUH HATI (Bhgn. 3)

Taubat


Wahai diri, mintalah ampun kepada Allah. Bertaubatlah kepadaNya. Beristighfarlah. Rasulullah s.a.w yang maksum dan dijamin masuk syurga pun bertaubat tidak kurang 100 kali sehari semalam.

Sedangkan aku sendiri tidak pasti sebanyak mana dosa yang sedang aku pikul saat catatan ini ditulis, dan bagaimana nasibku di akhirat sana.

Wahai diri, janganlah engkau anggap taubat itu perkara remeh kerana ia adalah fardhu 'ain ke atas setiap manusia.

……………………….

Friday 5 August 2016

KOLEKSI CATATAN (10) - BASUH HATI (bhgn. 2)

Aura solat

Seluruh pergerakan dan bacaan dalam solat merupakan perbuatan menyembah dan mengingati Allah.

Solat menunjukkan kita akur hanya pada Allah dan serahkan diri hanya pada Allah.

Perbuatan dan penghayatan sebegini, akan membawa 'aura' hingga luar solat.

Sebab itu seseorang yang betul-betul kerjakan solat, tidak akan tergamak melakukan maksiat. Kerana ia bercanggah sekali dengan 'aura' solat yang dibawanya.

Perbuatan maksiat memerlukan ia tunduk kepada nafsu. Bermakna ia sudah bercanggah dengan ucapan dalam al-fatihah "Hanya kepadaMu kami menyembah..." , malah dalam seluruh perbuatan solat itu sendiri yang menjadi lambang ketundukan hanya kepada Allah semata-mata, tidak kepada yang lain termasuk nafsu.

Barangkali inilah rasionalnya Quran menyatakan solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Apabila seseorang itu solat tetapi masih melakukankan maksiat, maka perkara utama yang perlu dia perbaiki ialah kualiti solatnya.