Pages

Wednesday 24 May 2017

Memahami mentaliti “masuk PAS dapat masuk syurga”

Dalam satu kumpulan whatsapp, ada rakan saya bertanya, “apa kelebihan jadi ahli PAS?

Saya jawab, “dapat masuk syurga*”.

Kemudian saya tambah, “*tertakluk kepada terma dan syarat”.

Ada rakan lain memberi respon dengan meletakkan emoji “ketawa”.

Saya akui cara saya memberi jawapan itu nampak seperti bergurau. Namun dari segi maksud, saya memang serius!


…………..

Monday 22 May 2017

Meraikan soalan sahabat (Persoalan tahaluf & maksud penubuhan PAS)


Ada sahabat baik saya bertanya,

“Yang saya tak faham, kenapa tahaluf siyasi ditamatkan? Masa start tahaluf siyasi dulu, adakah PAS sangka PKR dan DAP akan terima islam 100%? Saya tak rasa begitu. Dia akan terima benda yang pada dia acceptable sahaja. Jadi bila dia tolak hudud, dia masih pada tahap yang sama, terima Islam pada perkara tertentu sahaja. Macam tu juga UMNO. Bukan 100 % terima Islam.

Tapi PAS bukan NGO yang boleh kata "aku tak peduli sokongan sesiapa", bahkan PAS adalah entiti politik yang maksud penubuhannya adalah mendapatkan kuasa dengan undi popular.

Kalau PAS tidak ada tujuan mendapatkan undi popular, maka ianya lebih make sense. Selagi ada faktor undi popular, selagi itu PAS akan dilihat sebagai "another political party".

Soalan yang ditanya terlalu luas skop perbahasannya.  Saya pula bukan orang yang cukup ilmu untuk menjawab. Namun, saya cuba jawab secara ringkas menurut pemahaman yang terbatas. Tujuannya sekadar untuk meraikan soalan dari sahabat yang bertanya.
 
(Pakatan Rakyat dalam kenangan. Foto: Malaysian Insider)

Tuesday 16 May 2017

Mencari Penyelesaian isu “Adakah PAS Pengkhianat?” Menggunakan ‘Cara Fikir Fizik’

Entri ini dikarang dan disusun seringkas mungkin dengan harapan ia dapat difahami oleh semua ‘pemerhati isu politik’ termasuk mereka yang bukan dari latar belakang pendidikan Fizik.

‘Cara fikir Fizik’

Perhatikan rajah berikut;


 Jika kita berada di titik O, kita akan dapat lihat objek A bergerak menjauhi kita (titik O) dengan kelajuan 2 km/j (ke arah kiri). Manakala objek B pula bergerak menjauhi kita (titik O) dengan kelajuan 3 km/j (ke arah kanan).

Sekarang, bayangkan kita berada DI DALAM objek A. Waktu itu, kita akan lihat objek A sebagai pegun (tidak bergerak), manakala objek B bergerak menjauhi kita (iaitu objek A) dengan kelajuan 2+3=5 km/j.

Jika kita berada DI DALAM objek B pula, kita akan dapati objek B sebagai pegun, manakala objek A  bergerak menjauhi kita (iaitu objek B)  dengan kelajuan 2+3=5 km/j.

Friday 12 May 2017

PAS bersendirian : “Kami dengar dan kami patuh”


PAS akan dilihat berjiwa besar andai sanggup bersama Pakatan Harapan”,

“Demi Melayu dan Islam serta kepentingan survival PAS sendiri, persandingan antara PAS-UMNO perlu disegerakan. Sebaiknya PAS-UMNO bertanding guna satu logo dalam PRU akan datang”

“PAS takkan menang PRU jika bergerak  bersendirian. Pimpinannya bodoh tak bijak berpolitik, pengikutnya pula bengap kerana mengikut membabi buta. ”

Ini adalah sebahagian dari komentar dan ‘luahan hati’ masyarakat terhadap PAS. Ada yang berharap PAS menyertai PH. Ada yang berharap PAS bersama UMNO dan BN.  Namun, PAS tetap memilih untuk bersendirian bersama parti-parti kecil dan baru dalam Gagasan Sejahtera.  Disebabkan itu, ada pihak yang mengganggp PAS bersama pimpinan dan pengikutnya dianggap “tidak bijak”, “jumud”, “berotak sempit” dan sebagainya.

Sejujurnya, saya antara orang yang berpendapat tindakan PAS bergerak bersendirian adalah sesuatu yang ‘tidak masuk akal’ dari perspektif “hikmah” (saya bakal ulas kemudian). Dalam masa yang sama, saya masih memilih untuk “kami dengar dan kami patuh” bersama PAS kerana saya meninjaunya dari perspektif “sebab” (saya bakal ulas kemudian).

Penulisan ini saya susun untuk menghuraikan mentaliti (sistem berfikir) “kami dengar dan kami patuh” .

Susunannya pula menggunakan kaedah  “setakat terlintas di kepala” dan “tulis setakat larat”. Oleh itu, jika anda tidak dapat membaca sampai habis berdasarkan kaedah “baca setakat larat”, maka saya tidak akan berkecil hati.

Tujuannya bukanlah hendak mengajak masyarakat di luar sana bersetuju dengan saya. Saya cuma hendak mengajak masyarakat FAHAMI APA YANG MEREKA TIDAK BERSETUJU. Itu pun bagi mereka yang MAHU memahami.

Sunday 7 May 2017

Mencari Jalan Penyelesaian Konflik PAS dengan Parti Amanah Negara

Punca asas kepada kebanyakan konflik termasuk konflik antara PAS dan Parti Amanah Negara adalah “perbezaan kecenderungan”. Dari perbezaan inilah membawa kepada perbezaan perspektif dan pendapat. Hal ini saya telah ulas dalam entri yang lalu. (Rujuk http://basridk.blogspot.my/2017/05/mencari-punca-asas-kepada-konflik.html )

Mampukah kita melihat sesuatu perkara secara keseluruhan?


Ada yang bertanya, “tidak bolehkah kita melihat sesuatu isu itu secara keseluruhan? Atau pun lihat sebagaimana adanya (as it is).  Dengan itu tidak perlulah kita terikat dengan perspektif tertentu”.

Jawapan itu betul, tetapi terlalu idealistik.

Dalam contoh ilusi perspektif “wanita muda atau tua” yang saya telah tunjukkan dalam entri yang lepas, mungkin idea itu boleh diterima. Kita mungkin boleh berjumpa sendiri wanita dalam gambar itu. Kita boleh melihat wajah wanita itu secara ‘keseluruhan’. Dengan itu, kita tidak akan terperangkap dengan ilusi perspektif tersebut.

Namun, dalam konflik antara PAS dan Parti Amanah Negara, atau konflik-konflik lain secara umum, realitinya tidak semudah itu.

Friday 5 May 2017

Punca asas kepada konflik antara PAS dengan Parti Amanah Negara

Perspektif yang berbeza akan menghasilkan penilaian dan reaksi yang berbeza.

Perhatikan gambar di bawah.
 
Dari satu perspektif, kita dapat lihat ini adalah gambar wanita muda berambut ikal mayang. Kulitnya licin dan putih. Umurnya barangkali sekitar 20-an atau awal 30-an.

Dari perspektif lain, kita dapat lihat ini gambar wanita tua. Wajahnya nampak sedih. Kulitnya berkedut-kedut. Umurnya barangkali sekitar 60 tahun ke atas. 

Persoalannya, wanita dalam gambar ini ini sebenarnya tua atau muda? 20-an atau 60-an?