Pages

Saturday, 5 November 2016

KOLEKSI CATATAN (12) - BASUH HATI (bhgn. 4)

HARD DISK


Jika kita buat salah pada orang, mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan untuk meminta maaf kepadanya.

Mungkin kita rasa ego tercalar, tetapi kita tidak akan rugi atau jadi hina sedikit pun dengan meminta maaf.

Jika orang buat salah pada kita, mohonlah kepada Allah agar diberi kekuatan untuk memaafkannya.

Mungkin sikap ego kita akan menghalang untuk memberi maaf, tapi kita tidak akan bertambah mulia sedikit pun jika enggan memberi maaf. Jangan sekali-kali  dibazirkan "hard disk" dalam diri kita untuk menyimpan perasan marah dan dendam.

Meminta maaf dan memberi maaf adalah akhlak orang beriman. Ia melapangkan dada dan mententeramkan fikiran.  Kalau bukan orang beriman, akhlak siapa lagi yang kita mahu contohi?

Sunday, 30 October 2016

Adakah PAS membolot kebenaran?

Ada orang berkata, “PAS tidak patut menganggap kumpulan mereka sahaja yang benar. PAS tidak patut membolot kebenaran!”

Berikut respon saya;

Thursday, 20 October 2016

KE ARAH MEMAHAMI KEBENARAN DALAM DUNIA POLITIK

“Aku tak nak campur hal politik. Bukan urusan aku.”

“Jangan sebut hal politik di masjid. Nanti berlaku perpecahan.”

“Urusan politik adalah urusan manusia. Allah tidak ‘berminat’ hendak masuk campur dalam hiruk-pikuk politik”.

“Aku ni tak pandai sangat cakap hal agama. Nanti takut tersalah cakap, jadi sesat pula. Kalau sembang politik bolehlah”.

“Bagaimana hendak bezakan yang mana ulama’ baik dan mana ulama’ jahat jika kita sendiri tidak mengenal apa itu baik, dan apa itu jahat?”

“Usrah dan tamrin adalah proses indoktrinisasi!”

Berikut pandangan saya;

Wednesday, 19 October 2016

KE ARAH MEMAHAMI KEBENARAN

Kebenaran (Al-haq) tidak mungkin datang dari akal manusia semata-mata. Ini kerana akal manusia adalah terbatas. Ia hanya dapat memahami dan melihat sekadar dari pengalaman yang ia lalui. Ia amat mudah dipengaruhi oleh perasaan, emosi, kencederungan dan nafsu. Ia terikat dengan “you see what you want to see”.  Sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta, sentiasa nampak kebaikan pada pasangannya. Hingga bau kentut pun dirasakan wangi! Tetapi, apabila sudah benci, bau minyak wangi si kekasih pun tidak sudi lagi dihidu.

Ada kata-kata yang berbunyi;

“Opinions are like assholes. Everyone has one.”

Monday, 3 October 2016

"Bagaimana PAS mahu menegakkan negara Islam dalam keadaan bertanding pun tak cukup kerusi?"

“Bagaimana PAS mahu menegakkan negara Islam dalam keadaan bertanding pun tak cukup kerusi?”

 “Dalam PRU lepas, PAS bertanding hanya 60 kerusi  daripada 222 kerusi parlimen. Bagaimana PAS mahu ubah kerajaan pemerintah?”

“Pakatan Rakyat sudah hancur. Kini PAS hanya bersama Ikatan. Bolehkah dengan hanya menyokong PAS, kerajaan kita bertukar?”

Soalan-soalan ini seakan membawa maksud yang hampir sama. Ia mempersoalkan tentang kemampuan PAS membawa perubahan politik di Malaysia.

Berikut pandangan saya;

Friday, 26 August 2016

KOLEKSI CATATAN (11) - BASUH HATI (Bhgn. 3)

Taubat


Wahai diri, mintalah ampun kepada Allah. Bertaubatlah kepadaNya. Beristighfarlah. Rasulullah s.a.w yang maksum dan dijamin masuk syurga pun bertaubat tidak kurang 100 kali sehari semalam.

Sedangkan aku sendiri tidak pasti sebanyak mana dosa yang sedang aku pikul saat catatan ini ditulis, dan bagaimana nasibku di akhirat sana.

Wahai diri, janganlah engkau anggap taubat itu perkara remeh kerana ia adalah fardhu 'ain ke atas setiap manusia.

……………………….

Friday, 5 August 2016

KOLEKSI CATATAN (10) - BASUH HATI (bhgn. 2)

Aura solat

Seluruh pergerakan dan bacaan dalam solat merupakan perbuatan menyembah dan mengingati Allah.

Solat menunjukkan kita akur hanya pada Allah dan serahkan diri hanya pada Allah.

Perbuatan dan penghayatan sebegini, akan membawa 'aura' hingga luar solat.

Sebab itu seseorang yang betul-betul kerjakan solat, tidak akan tergamak melakukan maksiat. Kerana ia bercanggah sekali dengan 'aura' solat yang dibawanya.

Perbuatan maksiat memerlukan ia tunduk kepada nafsu. Bermakna ia sudah bercanggah dengan ucapan dalam al-fatihah "Hanya kepadaMu kami menyembah..." , malah dalam seluruh perbuatan solat itu sendiri yang menjadi lambang ketundukan hanya kepada Allah semata-mata, tidak kepada yang lain termasuk nafsu.

Barangkali inilah rasionalnya Quran menyatakan solat itu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Apabila seseorang itu solat tetapi masih melakukankan maksiat, maka perkara utama yang perlu dia perbaiki ialah kualiti solatnya.