Pages

Thursday, 25 October 2012

Belajar dari anak


Saya mendapat inspirasi dari satu artikel oleh ustaz Hasrizal “Sunnah Meminta Pendapat Anak”. Beliau menceritakan tentang bagaimana beliau mendapatkan pendapat anaknya.

Dalam perjalanan menghantar Mus’ab dan Khadijah ke sekolah, saya cuba ajukan soalan yang sama seperti dalam artikel tersebut,

“Apa yang Mus’ab dan Khadijah suka tentang ayah?”

Khadijah menjawab, “ Ayah lembut”. Mus’ab ketawa kecil.

Khadijah menyambung lagi, “ Malam-malam, kalau bantal tak selesa, saya baring atas perut ayah. Perut ayah lembut.”

          (Khadijah dan Mus'ab tahun 2008)

Wednesday, 24 October 2012

Jom jadi baik!



“Jom puasa esok!”

Itu status yang  saya ‘share’ di dinding facebook hari ini. Ia adalah ajakan saya kepada ‘kawan-kawan’ untuk berpuasa sunnat sempena hari arafah esok. Kebetulan terjumpa poster yang menjelaskan hadith kelebihan puasa hari arafah.

Ia adalah status yang biasa. Tiga patah perkataan; jom-puasa-esok. Poster pun saya hanya ‘share’ dari status kenalan lain.

Tetapi entah kenapa, status yang saya kongsi kali ini membuatkan saya terasa ‘lain macam’. Timbul rasa sayu di hati.

Saya ingin buat pengakuan, iaitu saya bukanlah orang baik.

Sunday, 7 October 2012

Erti kejayaan



Ada orang meletakkan kaya sebagai erti kejayaan.

Ada yang mahu memiliki perniagaan yang besar sebagai erti kejayaan.


Ada yang mahu menjadi selebriti sebagai erti kejayaan.

Ada yang mahu menjadi perdana menteri sebagai erti kejayaan.

Itu semua betul, tetapi bagi saya belum cukup jelas. Dalam meletakkan erti kerjayaan, saya lebih ‘suka’ meniru erti kejayaan bagi orang-orang yang beriman.

Wednesday, 19 September 2012

Kenapa saya mencari tujuan hidup



"Hidup tanpa tujuan ibarat main bola tanpa gawang gol".
Saya pelik melihat mereka yang terus hidup tanpa memiliki tujuan hidup. Mungkin mereka menyangka hal ini tidak penting justeru tidak perlu difikirkan sangat. Kalau difikirkan pun, sekadar ‘mental exercise’ atau menjawab soalan peperiksaan sahaja (dalam subjek agama Islam). Mungkin bagi mereka ini soal falsafah yang terawang-awang, tidak berpijak di bumi nyata.

“Kalau engkau memilikinya atau tidak memilikinya, hidup mu tetap begitu juga”. Mungkin begitu kata mereka.

Thursday, 29 March 2012

Apa ada pada nama



PENDAPAT: Apakah IMPLIKASI bagi anak2 yang dinamakan dengan NAMA2 bukan Islam (Arabic)?
Aku ada terbaca satu hadith, dalam lingkungan makna; berilah anak2 dengan nama2 yang elok2, kerana dengan nama itulah mereka akan dipanggil (dipisah) pada hari akhirat kelak. Disclaimer: Maaf, pandangan orang jahil.
Tak silap aku, tiada mentioning about names in Arabic, hanya perlu yang maksud ELOK. Jadi kalau kita namakan anak kita BAIK Ibn Si Polan, atau SUPARMAN ('Lelaki Super' dalam bahasa Jawa), bukankan itu juga DOA yang dimengerti Tuhan...

Seorang sahabat karib memulakan perbincangan di facebook. Mulanya saya tidak mahu mengulas kerana tidak tahu. Tetapi, setelah didesak dengan nama dipetik, saya cuba mengulas ringkas demi meraikan beliau. Namun, entah mengapa, ulasan jadi panjang berjela sepanjang dua helai kertas A4!

Monday, 19 March 2012

Nasihat buat penagih dosa



     Jangan berputus asa dari rahmat Allah. 

    Apabila melakukan dosa, pohonlah ampun kepada Allah. Apabila mengulanginya lagi, mintalah ampun lagi dan lagi. Jangan jemu meminta ampun selagi dirimu tidak jemu melakukan dosa. Allah sendiri tidak jemu mendengar rintihanmu. 


Dari hadith;


“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). [1]

Tuesday, 7 February 2012

Kenali Nabi Muhammad melalui buku

1. Fiqh Al-Sirah 
Buku ini bukan sahaja menceritakan perjalanan sejarah Nabi Muhammad s.a.w, malah membuat analisa dan pengajaran untuk setiap peristiwa yang dipaparkan. Buku ini banyak menjawab salah faham dan serangan orientalis terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Jumlah mukasurat untuk ketiga-tiga jilid ini 739 mukasurat. Walaupun tebal, amat berbaloi dibaca. Amat mengenyangkan roh dan minda.

Selepas membaca buku ini, terasa semakin rindu dan sayu apabila mendengar perkataan;

 "Selawat dan salam ke atas Muhammad"