Pages

Showing posts with label tujuan hidup. Show all posts
Showing posts with label tujuan hidup. Show all posts

Saturday, 12 January 2013

Berlumba jangan sampai lalai



Tujuan hidup kita adalah menghambakan diri kepada Allah. Namun, kita telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya habuan dunia. Kita berlumba mengumpul harta benda, kita berlumba merebut pangkat, kita berlumba menjadi pelajar paling baik keputusan peperiksaan, kita berlumba mendapat pengaruh, kita berlumba berebut kuasa. 

Semua perkara itu asalnya tidak salah. Tetapi yang salah ialah LALAI. 

Kelalaian ini berlarutan hinggalah kita masuk ke kubur.

Nauzubillah.

Janganlah kita bersikap begitu. Kita akan benar-benar mengetahui akibatnya semasa hendak mati nanti.

Sekali lagi diingatkan, janganlah bersikap begitu. Kita akan benar-benar mengetahui akibatnya di akhirat nanti.

Kalaulah kita mengetahui dengan sebenar-benar yakin,
Orang yang derhaka akan benar-benar melihat neraka yang marak menjulang,
Mereka akan dapat melihat dengan mata sendiri dengan penglihatan yang amat meyakinkan.

Kita juga akan ditanya tentang segala nikmat yang telah kita nikmati semasa hidup.

Oleh itu, janganlah biarkan hidup kita dilalaikan dengan urusan dunia yang sementara.

Rujukan: Al-Quran [102:1-8]

Tuesday, 11 December 2012

Buatlah baik walau sebesar zarah. Tinggalkanlah kejahatan walau sebesar zarah



Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
Manusia berkata kegerunan, “Apa yang sudah terjadi ?”
Pada hari itu, bumi pun menceritakan keadaannya, “Tuhan telah memerintahkan berlaku begini”.
Pada hari itu, manusia akan keluar dari kubur masing-masing berselerakan,
Untuk diperlihatkan kepada mereka balasan amal masing-masing.
Sesiapa yang berbuat kebajikan walau sebesar zarah, akan diperlihatkan kepadanya.
Dan sesiapa yang berbuat kejahatan walau sebesar zarah, akan diperlihatkan juga kepadanya.

Rujukan:  Al-Quran [99:1-8]


Sunday, 7 October 2012

Erti kejayaan



Ada orang meletakkan kaya sebagai erti kejayaan.

Ada yang mahu memiliki perniagaan yang besar sebagai erti kejayaan.


Ada yang mahu menjadi selebriti sebagai erti kejayaan.

Ada yang mahu menjadi perdana menteri sebagai erti kejayaan.

Itu semua betul, tetapi bagi saya belum cukup jelas. Dalam meletakkan erti kerjayaan, saya lebih ‘suka’ meniru erti kejayaan bagi orang-orang yang beriman.

Wednesday, 19 September 2012

Kenapa saya mencari tujuan hidup



"Hidup tanpa tujuan ibarat main bola tanpa gawang gol".
Saya pelik melihat mereka yang terus hidup tanpa memiliki tujuan hidup. Mungkin mereka menyangka hal ini tidak penting justeru tidak perlu difikirkan sangat. Kalau difikirkan pun, sekadar ‘mental exercise’ atau menjawab soalan peperiksaan sahaja (dalam subjek agama Islam). Mungkin bagi mereka ini soal falsafah yang terawang-awang, tidak berpijak di bumi nyata.

“Kalau engkau memilikinya atau tidak memilikinya, hidup mu tetap begitu juga”. Mungkin begitu kata mereka.