Pages

Thursday, 13 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini (6) – Apa yang syoknya jadi orang Islam?

"Tidak dinafikan, kadang-kadang datang pemikiran ‘nakal’ yang mengganggap segala perintah Tuhan itu  suatu beban, lalu terdetik rasa cemburu kepada orang bukan Islam yang bagi mereka ‘semuanya halal’. "
------------------------
Susahnya hidup sebagai orang Islam

(Menziarahi masjid Kobe pada tahun 2001. Masjid ini dikatakan masjid yang pertama dibina di Jepun. Ketika gempa bumi dahsyat melanda Kobe pada tahun 1995, masjid ini tetap berdiri teguh sedangkan banyak bangunan-bangunan disekelilingnya runtuh dan menelan nyawa lebih 6,000 orang)

“Orang Islam kena solat 5 kali sehari, kena berpuasa selama sebulan, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum arak, orang perempuan perlu menutup rambut, tidak boleh bergaul bebas lelaki dan perempuan. Banyak sangat perintah dan larangan. Agama yang menyusahkan. Tiada kebebasan.”

Monday, 10 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (5) - Pemikiran zaman SPM vs pemikiran sekarang

Suatu pagi, Sofi, anak perempuan kesayangan saya yang berumur tujuh tahun berkata,

“Ayah, hari ni Sofi tak nak pakai tudung ke sekolah.”

Saya bertanya, “Eh, kenapa pula? Kan dah elok pakai tudung?”

Sofi menjawab, “Hari ini tiada subjek Agama Islam. Tak pakai tudung pun takpe.”

Saya tersentak seketika. Disamping akal ligat memikirkan apakah approach terbaik untuk memujuk Sofi supaya bertudung,  saya berkata kepada diri sendiri,

“Ini macam pemikiran aku masa zaman SPM dulu.”

( Serangan pemikiran berlaku di mana-mana dan bila-bila sahaja tanpa kita sedari. Sumber gambar)

Thursday, 6 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (4) - Nostalgia peristiwa Subuh

Izinkan saya bernostalgia. Di suatu subuh, saya dan beberapa orang rakan sedang terperangkap di atas siling bangunan asrama tempat kami menginap. Suasana waktu itu begitu cemas dan menggelisahkan. Kami cemas bukanlah kerana ada kebakaran, atau pintu asrama terkunci. Tetapi, kerana kenakalan kami yang cuba untuk ponteng dari menghadiri kuliah Subuh di masjid! Ia berlaku pada tahun 1995, sewaktu saya tingkatan empat, di sebuah sekolah berasrama penuh.


(Kebetulan waktu itu filem Under Seige 2 lakonan Steven Seagal sedang  hangat ditayangkan di pawagam. Filem ini mengisahkan sekumpulan penjahat yang menawan sebuah keretapi. Hero dalam filem ini (lakonan Steven Seagal) terperangkap di dalam keretapi tersebut. Sama seperti saya dan rakan-rakan yang terperangkap dalam asrama. )

Monday, 3 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (3)


“Mengapa saya memilih agama Islam?”

Mungkin pelik saya mengajukan soalan ini kepada diri saya sendiri sedangkan saya dilahirkan sebagai orang Islam. Tapi, bagi saya, selagi saya tidak dapat menjawab soalan ini kepada diri sendiri dengan jujur dan ikhlas, selagi itulah saya belum berpuas hati dengan status keIslaman saya. Atau Islam saya hanya berdasarkan warisan dan budaya masyarakat sahaja. Bagi saya, soalan ini sangat kritikal untuk dijawab secara jujur oleh setiap individu yang mengaku muslim kepada diri mereka sendiri. Untuk mendapat jawapan yang diri sendiri yakini, maka mereka perlu mendalami Islam  sehingga ia mampu berkata kepada diri sendiri,

"Sekiranya aku dilahirkan sebagai bukan Islam sekali pun, namun melalui ilmu yang aku pelajari ini beserta keyakinanku aku akan tetap memilih untuk beragama Islam”.

Thursday, 30 July 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (bhgn. 2)

"Saya tidak mahu berhempas pulas memanjat tangga, tapi bila sampai di puncak, barulah tersedar yang tangga itu disandarkan pada dinding yang salah!"

Entri terdahulu:

Memburu kesihatan yang baik?

(Sekadar gambar hiasan)

Kita biasa mulakan perbualan dengan pertanyaan “Apa khabar?” dan dijawab dengan “Khabar baik”. Bagi orang yang sihat, ucapan itu biasa sahaja. Ia hanyalah sekadar pembuka bicara. Tetapi ada peristiwa yang menyebabkan persepsi saya terhadap ucapan “Apa khabar?” dan dijawab “khabar baik” berubah sama sekali.

Izinkan saya berkongsi kisah. Ia berlaku sekitar tahun 2007, di sebuah kampung di Melaka. Saya menyertai sekumpulan sukarelawan menghulurkan sumbangan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan. Kami melawat seorang perempuan tua yang mengidap penyakit strok. Seluruh anggota badan beliau lumpuh. Sewaktu kami datang, beliau sedang terbaring di atas katil walau matanya pejam celik. Kami datang membawa bersama doktor terlatih. Setelah doktor kami membuat pemeriksaan, memberi beberapa ubat-ubatan secara percuma dan khidmat nasihat ,  kami pun memohon untuk mengundur diri. Waktu itu, ada anggota pasukan kami berkata,

Tuesday, 28 July 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (bhgn.1)


Semasa zaman kanak-kanak, sama seperti kanak-kanak lain, saya amat suka bermain. Bagi saya pada waktu itu, bermain itulah kerja dan kerja itu bermain. Apabila saya main pasir di halaman rumah, maka bagi saya aktiviti main pasir itu adalah satu bentuk kerja yang perlu dilakukan. Apabila ke sekolah sekali pun, saya anggap ia adalah satu bentuk permainan yang perlu dikerjakan. Cuma kali ini melibatkan orang dewasa, tidak seperti ketika bermain cikgu-cikgu dengan kawan-kawan sebaya. Saya tidak tahu membezakan antara kerja dan main. Seperti bermain, semua kerja dilakukan dengan sepenuh hati asalkan ia menyeronokkan. Jika tidak seronok, saya akan berhenti hinggalah keseronokan itu datang kembali. Segala
homework yang cikgu berikan, peperiksaan semester hinggalah ke UPSR semuanya satu bentuk permainan bagi saya. Oleh itu alam kanak-kanak saya dipenuhi dengan bermacam-macam bentuk permainan. Saya seronok melakukannya. Pada masa itu, tiada erti kejayaan bagi saya.  Yang ada hanyalah keseronokan.


(Zaman kanak-kanak. Inilah satu-satunya gambar yang jelas menunjukkan saya sedang bermain yang ada dalam simpanan)

Tuesday, 22 July 2014

Disamping berdoa untuk Gaza, jangan lupa berdoa untuk Malaysia



Dalam tempoh 14 tahun, sekurang-kurangnya 7,428 orang rakyat Palestin telah terbunuh dalam konflik di Gaza.  Di Malaysia, sekitar 6,000 orang mati dalam tempoh satu tahun sahaja akibat kemalangan jalan raya!

Berada di jalan raya di Malaysia lebih berisiko membawa kematian sebanyak 1.8 kali ganda berbanding berada di Palestin.

Pengiraannya seperti berikut (tolong betulkan kalau saya silap):