Semasa zaman kanak-kanak, sama seperti kanak-kanak lain, saya amat suka bermain. Bagi saya pada waktu itu, bermain itulah kerja dan kerja itu bermain. Apabila saya main pasir di halaman rumah, maka bagi saya aktiviti main pasir itu adalah satu bentuk kerja yang perlu dilakukan. Apabila ke sekolah sekali pun, saya anggap ia adalah satu bentuk permainan yang perlu dikerjakan. Cuma kali ini melibatkan orang dewasa, tidak seperti ketika bermain cikgu-cikgu dengan kawan-kawan sebaya. Saya tidak tahu membezakan antara kerja dan main. Seperti bermain, semua kerja dilakukan dengan sepenuh hati asalkan ia menyeronokkan. Jika tidak seronok, saya akan berhenti hinggalah keseronokan itu datang kembali. Segala homework yang cikgu berikan, peperiksaan semester hinggalah ke UPSR semuanya satu bentuk permainan bagi saya. Oleh itu alam kanak-kanak saya dipenuhi dengan bermacam-macam bentuk permainan. Saya seronok melakukannya. Pada masa itu, tiada erti kejayaan bagi saya. Yang ada hanyalah keseronokan.
(Zaman kanak-kanak. Inilah satu-satunya gambar yang jelas menunjukkan saya sedang bermain yang ada dalam simpanan)
Memburu keputusan peperiksaan
yang cemerlang?
Melangkah ke
sekolah menengah, persepsi begitu kian mencair. Saya ditempatkan di sebuah
sekolah berasramah penuh dimana semua pelajar di situ bijak-bijak belaka. Hasil
dari beberapa siri peperiksaan, saya sering mendapat rendah berbanding
rakan-rakan. Dari situlah saya mula sedar belajar bukan satu bentuk permainan yang
menyeronokkan semata-mata. Kerana, walau pun sudah tidak menyeronokkan, saya
harus terus belajar juga. Semasa itu, sudah ada pemahaman bahawa belajar itu
untuk pandai. Pandai itu untuk mendapat markah yang tinggi. Belajar bukan
permainan, tetapi persaingaan. Pada masa ini, kejayaan bagi saya ialah mendapat
keputusan peperiksaan yang baik. Dan kemuncak kejayaan itu ialah berjaya mendapat
keputusan yang baik dalam SPM, mengalahkan yang lain!.
Itulah yang saya
dapat. Saya mendapat 7 aggregate dalam SPM, dan termasuk dalam 10 pelajar
terbaik di sebuah sekolah yang menghimpunkan pelajar-pelajar yang terbaik.
Namun, setelah
memasuki alam universiti, barulah saya sedar kejayaan itu tidak membawa erti
apa-apa jika gagal peperiksaan di universiti. Mulai saat itu saya mula berfikir
“ Selepas mendapat ijazah, adakah aku berjaya?”
Memburu kerjaya dan harta?
Sekali lagi saya
tersedar bahawa jika tidak mendapat pekerjaan yang baik, tentulah ijazah yang
diperoleh di universiti tidak bermakna apa-apa.
Pada tahun 1997, saya telah berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya bagi mengikuti kursus khas persediaan ke Jepun. Semasa awal pengajian di universiti, saya berkesempatan bertemu dengan
seorang super senior yang telah bergelar jurutera. Seawal minggu orientasi lagi, kami diajar untuk menghormati senior atau dalam bahasa jepun disebut senpai ini. Menjadi kebiasaan, senior yang ‘berjaya’ ini sekali-sekala akan datang ke kolej kediaman kami. Mungkin mereka mahu memotivasikan kami yang masih belajar agar ikut jejak
mereka, atau sekadar nak ‘menunjuk-nunjuk’.
Ada salah seorang senior datang melawat kami membawa kereta sport berwarna hijau metalic. Setelah berkenalan, senpai ini membawa saya dan beberapa rakan 'terpilih' belanja kami makan dan main ice-skating di Sunway Pyramid.Pakaiannya bertshirt tapi nampak bergaya. Berambut kemas dan berkaca mata
separa gelap. Cara jalan dan percakapannya juga nampak hebat. Saya berfikir, “Agaknya begini rupa aku suatu
hari ini nanti”.
Dari situ, saya dapat gambaran jelas bagaimana keadaan saya pada masa
depan. Dengan prestasi pelajaran saya, jika saya kekal dengan prestasi yang
sama, saya rasa tidak akan menempuhi laluan sukar untuk bergelar jurutera suatu
hari nanti.
Saya mula menilik masa depan. Perkerjaan yang sebaik mana sekalipun, lambat laun akan
‘pencen’(berhenti) juga. Waktu itu, apa beza perkerjaan yang baik dengan pekerjaan yang
‘buruk’ jika penyudahnya adalah sama iaitu ‘pencen’?
Mungkin kejayaan
itu ada pada harta. Ada banyak kisah orang yang tidak masuk ke menara gading,
tetapi meraih pendapatan jauh lebih lumayan. Namun, apa guna harta yang banyak jika
kesihatan pula tidak baik?
Bersambung….
No comments:
Post a Comment