Pages

Tuesday 27 May 2014

Jepun vs Malaysia: Antara teruja, kagum dan duka

Setelah enam tahun saya berada di Jepun, saya tidak dapat elak perasaan cinta pada negara matahari terbit  itu. Universiti tempat saya menuntut ilmu di sana seolah-olah sudah menjadi kampung kedua saya. Perasaan rindu untuk ‘pulang’ ke sana sentiasa ada.

Apabila membaca berita Jepun berjaya melangkah ke perlawanan akhir bertemu Malaysia dalam perlawanan Piala Thomas baru-baru ini, saya cukup teruja. Walaupun saya tidak minat mengikuti perkembangan sukan, saya teruja kerana kedua-dua pasukan adalah dari negara yang saya sayang.  Rakan-rakan Jepun saya dulu begitu kagum dan ‘cemburu’ dengan kehebatan Malaysia dalam bidang badminton ini. Waktu itu (awal tahun 2000), Jepun jauh ketinggalan. Apabila berbual mengenai sukan lain seperti bola, tenis, acara balapan, saya sering kena ‘kutuk’ dengan rakan-rakan Jepun.  HANYA badminton satu-satunya modal saya untuk membuat ‘serangan balas'.

Akhirnya negara pengeluar raket jenama YONEX itu menang. Walaupun sedih Malaysia kalah, tapi saya tetap gembira melihat Jepun menang.  Saya teringat kembali rakan-rakan lama saya di Jepun dulu. Kalau kami masih bersama, tentu saya sudah kena ‘kutuk kaw-kaw’ dengan mereka.

(Tidak kira siapa yang lawan, YONEX juga yang menang. Sumber gambar: [1])