Manusia ini ada berperangai hodoh. Apabila ditimpa
kesusahan, dia resah gelisah. Apabila dapat kesenangan, dia lupa diri dan jadi
sangat kedekut.
Tapi, tidak semua manusia begitu. Ada
pengecualiannya, iaitu orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
1. Melakukan
solat.
2. Istiqamah atau tetap melakukan solat
dalam sebarang keadaan, ketika lapang mahupun sibuk.
3. Memperuntukkan sebahagian hartanya
untuk orang miskin. Bukan sahaja kepada orang miskin yang meminta, orang miskin
yang tidak meminta pun diberinya.
4. Yakin dengan hari pembalasan, iaitu
akhirat.
5. Cemas dan takut daripada ditimpa azab
dari Allah. Kerana, tiada siapa pun yang patut rasa aman dengan azab Allah.
6. Menjaga kehormatan/kemaluan kecuali
kepada isteri. Orang yang memenuhi keperluan seksualnya dengan cara yang lain,
mereka ini telah melampaui batas.
7. Menjaga amanah dan janji.
8. Apabila memberi kesaksian, mereka berlaku adil.
9. Tetap memelihara solat. Bukan
dikerjakan “seperti melepaskan batok ditepi tangga”, tapi dilakukan dengan
sebaik mungkin dengan jaga waktu, jaga syarat sah, jaga kyusuk.
Orang yang mempunyai sembilan ciri
ini, akan bebas dari sifat resah gelisah
semasa susah, dan bakhil kedekut ketika senang.
Apabila sudah bebas dari sifat hodoh ini, itulah nikmat hidup di dunia.
Akhirat pula, mereka akan ditempatkan di
syurga dengan diberikan penghormatan.
Rujukan: Al Quran [70:19-35]
No comments:
Post a Comment