Pages

Thursday, 7 February 2013

Dari Senpai Untuk Kohai (Siri 4) - Cabaran di Jepun


Niat saya, bukan untuk menakut-nakutkan. Jauh sekali untuk melemahkan semangat.  Tetapi saya harap anda akan lebih bersedia. Pepatah melayu mengatakan, “Sediakan payung sebelum hujan”. Jadi, dalam suasana yang sudah tidak sabar-sabar hendak ke Jepun ini, saya ingin meningatkan agar “sediakan tiket sebelum naik kapal terbang”.
(Gambar hiasan. Sumber: http://jungsketch.blogspot.com/)

Seorang anak bertanya kepada ayahnya yang merupakan graduan RPKJ, “Masa ayah kat Jepun dulu, tak rasa takut ke? ”
Si ayah berkata, “ Nak takut apa pulak? ” Si ayah menjawab soalan dengan soalan.
Giliran si anak pula menjawab, “ Kat sana ada rasaksa. Dia lawan dengan ultraman. Masa diaorang lawan, ayah tak takut kena hempap ke?”

Begitulah gambaran segelintir kanak-kanak kecil tentang cabaran hidup di Jepun.

Tahukah anda, cabaran hidup di Jepun adakalanya lebih menakutkan dan mengerikan berbanding ‘kena hempap rasaksa’? 

Biar saya jelaskan......



Untuk artikel kali ini, saya  fokuskan cabaran yang utama sahaja. Ia adalah cabaran kepada mereka yang percaya TAHUN PERTAMA ADALAH TAHUN PALING KRITIKAL yang saya huraikan dalam artikel  siri lalu. Ia juga adalah cabaran kepada mereka yang mahu berusaha dan meletakkan sasaran cita-cita 6 kali ganda dari ‘biasa’ yang juga telah saya ulas dalam siri terdahulu.

Niat saya, bukan untuk menakut-nakutkan. Jauh sekali untuk melemahkan semangat.  Tetapi saya harap anda akan lebih bersedia. Pepatah melayu mengatakan, “Sediakan payung sebelum hujan”. Jadi, dalam suasana yang sudah tidak sabar-sabar hendak ke Jepun ini, saya ingin meningatkan agar “sediakan tiket sebelum naik kapal terbang”.

Cabaran itu antaranya;

 Sikap manusia yang suka berlengah-lengah.

“Ala… lambat lagi, ada lagi 4 tahun‼  Rilekslah. Kita enjoy dulu!”

Kepada orang ini, saya sarankan baca kisah ‘semut dengan belalang’. Kalau tak tahu, sila google. Tak rela aku nak cerita di sini.


Anggap sampai ke Jepun itu adalah balasan nikmat selepas berhempas pulas belajar di AAJ.

Poyolah senpai ni! Masa kat AAJ dulu dah penat belajar tau! Bagi peluanglah orang nak enjoy!”

Kepada orang itu, saya ingin berpesan, bahawa kejayaan adalah perjalanan, bukan perhentian. Memang benar, anda telah bersusah payah di AAJ dan di zaman SPM. Sebab itulah anda beroleh nikmat dapat ke Jepun. Untuk beroleh nikmat hidp di alam pekerjaan, gunakanlah formula yang sama, iaitu USAHA, USAHA dan USAHA semasa di Jepun. Jika anda berhenti setelah berjaya, maka bersedialah untuk gagal. Kejayaan mutlak hanyalah di akhirat, bila sudah masuk syurga nanti, insyaAllah. Masa itulah kita beroleh nikmat dan tiada lagi istilah USAHA.

Tahun pertama adalah tahun ‘terkial-kial’.


Ramai yang  secara sedar atau tidak, akan melalui fasa “managing change”.  Kita kena urus perubahan. Jauh dari ibu bapa, diserang homesick, jauh dari budu dan petai, perubahan bahasa, perubahan cuaca. Bila sampai Jepun, kehidupan kita sedang dipaksa berubah dari kehidupan asal di Malaysia. Samada perubahan itu secara rela atau dipaksa oleh suasana. Tahun pertama, semua benda terasa susah. Nak makanan halal, kena beli online, 2-3 hari baru sampai. Anda terpaksa merancang menu makanan 3 hari ‘in advance’. Nak mandi, terasa sejuk. Kalau tak mandi rasa tak selesa pula. Nak bangun pagi, memang cukup payah jika cuaca sejuk.  Dalam keadaan terkial-kial itulah juga kita perlu segera menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Terbiasa dengan pendekatan ‘study last minute’ semasa zaman UPSR, PMR, SPM


Sistem permakahan masa zaman UPSR, PMR, SPM dulu berbeza dengan di universiti.  Dalam markah SPM, tidak dimasukkan markah ujian penggal atau ujian akhir tahun. Kalau kita gagal semasa ujian-ujian itu sekali pun, tidak memberi kesan kepada markah SPM.  Oleh itu, tidak hairan jika orang tu cukup ‘genius,  ‘pulun’ last minute sekali pun, masih boleh lulus dengan cemerlang.

Universiti pula guna sistem kredit. Semua keputusan peperiksaan dari semester pertama, hinggalah tahun akhir diambil kira. Malah kebanyakan universiti memasukkan peratusan tertentu untuk markah shukudai (assigment)! Markah yang buruk di semester pertama memberi kesan kepada keseluruhan markah sepanjang pengajian.  Oleh itu, wahai mereka yang perasan ‘genius’, sedarilah ke’genius’an anda masih tidak cukup. Ia perlu ditambah dengan SIKAP yang betul bersama USAHA!

Pengaruh rakan-rakan Nihonjin

(Maaf kepada empunya gambar. Ambil tak minta izin. Gambar ini sangat unik bagi saya. Tidak ramai orang berpeluang merakamkan saat seperti ini)

Mungkin anda sering digambarkan bangsa Jepun adalah bangsa yang rajin berkerja, suka menepati waktu, berdisplin tinggi, cintakan kebersihan dan pelbagai ciri positif yang lain. Saya bersetuju benar dengan gambaran itu, KECUALI bagi pelajar universiti mereka! 

Ada satu sebab mengapa rakyat Jepun tidaklah begitu ‘rajin’ seperti yang disangka ketika mereka di univerisiti. Sebabnya ialah, bagi orang Jepun, zaman universiti adalah zaman enjoy. Persaingan sesama mereka untuk memasuki univerisit amat sengit. Mereka telah berhempas pulas study untuk mengatasi antara satu sama lain dalam Nyuugaku shiken (peperiksaan kemasukan ke Universiti). Sistem nyuugaku shiken ini juga agak ‘kejam’. Setiap univerisiti ada nyuugaku shiken yang tersendiri. Jadi, ada yang terpaksa mengambil peperiksaan sehingga 4-5 buah universiti. Alam pekerjaan di Jepun juga memang jauh lebih mencabar dan memerlukan disiplin tinggi. Jadi, satu-satunya masa untuk mereka menikmati kehidupan ini adalah semasa di universiti. Sebab itu anda akan lihat mereka enjoy habis-habisan di universiti. Tapi, apabila mereka berada di alam pekerjaan, mereka kembali menjadi NIHONJIN!

Saya memang ‘tabik spring’ 100X kepada rakan-rakan graduan Malaysia yang boleh ‘survive’ dan meningkat maju dalam syarikat Jepun.

Pengaruh senpai dan rakan-rakan senegara


Harus diingat, semua yang saya nyatakan disini, adalah pandangan peribadi saya sebagai salah seorang bekas pelajar RPKJ. Ada ramai lagi senpai di luar sana yang jauh lebih hebat dari saya yang mempunyai pandangan mereka yang tersendiri. Apabila anda mahu merajinkan diri untuk study, mungkin ada yang berkata,

“Rilekslah, aku dulu 6 bulan pertama ‘blur’ tak tahu apa. Tapi sotsugyo juga, dapat gaji bagus juga!”

Setiap orang ada pendapat masing-masing. Terpulanglah kepada kebijaksanaan anda untuk menilai. Atau, dalam bahasa mudahnya,

"Lu fikir sendiri!"

Jepun adalah ‘syurga dunia’
(Di seberang tirai itu adalah "neraka"!)

Ada pelajar suka main game. Dia ketagihan game. Setibanya di Jepun, dia mengalami kejutan budaya. Dia jumpa lebih banyak game menarik. Dia pula mampu beli game yang mahal- mahal. Dia mampu menyewa rumah sendiri. Duduk rumah seorang diri. Suasana itu menjadikan ketagihan main gamenya bertambah. Hingga dia ponteng kelas. Maka ‘tersesatlah’ dia di Jepun.

Ada pelajar yang ‘bunting’ di tahun pertama di Jepun. Dia terpaksa di hantar pulang ke Malaysia seawal tahun pertama di Jepun. Semuanya mungkin kerana suasana yang mendorong. Kehidupan yang jauh dari ibu bapa, jauh dari masyarakat Islam.

Banyak nikmat di Jepun ni. Duit biasiswa dapat banyak. Boleh beli komputer sendiri, game sendiri, tv sendiri. Internet pun laju.  Boleh duduk rumah sendiri. Boleh pakai kereta sendiri. Buku dan majalah porno berlambak di kedai runcit. Jaraknya cuma beberapa langkah dari rumah. DVD porno dijual dan disewa secara sah mengikut undang-undang. Kehidupan jauh dari keluarga, jauh dari rakan-rakan, jauh dari suasana agama. Tengok tv tiada disiarkan azan apabila masuk waktu solat.  Nak buat apa sahaja tidak ada siapa yang nampak, dan masyarakat sekeliling tidak ambil kisah.

Maka, satu-satunya agen penyelamat adalah IMAN! Jika tidak ada kekuatan dalaman, tersesatlah mereka di tahun pertama. Tersesat dalam nikmat ‘syurga Jepun’.  Hingga lupa tujuan asal ke Jepun iaitu BELAJAR. Bukan itu sahaja, paling membimbangkan ialah jika terlupa bahawa dia orang Islam. Nauzubillah!

Haa…. cuak tak? Silalah cuak ye adik-adik. Mudah-mudahan itu tanda iman. Kerana, orang beriman sentiasa risau nikmat imannya ditarik Tuhan. Nauzubillah.. 

Mungkin ada yang berkata, " Ala.... ramai je orang yang tak solat dan buat maksiat tapi boleh sotsugyou juga."

Memang betul kenyataan itu. Tetapi sanggupkah kita membayar segulung ijazah dengan mengorbankan iman dan Islam? Kesannya bukan sahaja di dunia, tetapi di akhirat sana menanggung siksa api neraka.  

Antara sakit kena hempap raksaksa dengan sakit api neraka, mana yang lebih mengerikan? Sebab itu saya menyatakan cabaran di Jepun adakalanya lebih mengerikan dari kena hempap rasaksa. 

Tekanan positif

(Pastikan tahap stress kita seimbang)

Mungkin ada yang berkata, “Alamak.. senpai… kalau camni tak nak pergi Jepun lah!”

Untuk mereka, saya harap anda bertenang. Tarik nafas dalam-dalam. Tujuan saya menulis tajuk ‘cabaran’ ini memang untuk ‘menakutkan’ anda. Agar wujud “sense of urgency” atau unsur “stress”. Unsur inilah yang diperlukan untuk memastikan anda dapat mengoptimumkan prestasi. Dengan sendirinya, anda akan mudah bangun pagi untuk ke kelas, mudah fokus pelajaran, mudah ingat setiap butir-butir kata yang sensei ajarkan. Anda tidak takut-takut lagi bertanya sensei jika ada yang tidak faham. Semua itu kerana anda unsur ‘tekanan positif’ itu tadi. Jika tiada stress, manusia akan berlengah-lengah. Namun awas, jika stress berlebihan, ianya mungkin berubah menjadi putus asa.

Maka, walau apa pun perasaan anda ketika membaca entri ini, samada rasa tertekan, atau ‘tak rasa apa-apa’, pastikan anda mengusahakan wujudnya tekanan yang seimbang.

つづく

2 comments:

  1. Gambar atas tu adalah gambar sempai aku, RPKJ14. Nickname dia Lanun, ada dalam Aleps FB page.
    Nasihat yang bagus untuk adik2 sekalian.
    Minna zettai akiramenaide!

    ReplyDelete
  2. Brot, terima kasih atas info. Harapnya lanun tak marah hartanya di'lanun'.

    ReplyDelete