Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik yang telah lulus
peperiksaan dan berjaya sampai ke Jepun. Tulisan ini saya tujukan khas kepada
adik-adik yang bakal ke Jepun dan sedang belajar di Jepun. Saya kongsikan juga
kepada mereka yang telah pulang dari Jepun, dengan harapan mendapat berkongsi
pengalaman dan pengajaran. Saya tujukan juga kepada semua yang sudi membaca
tulisan ini, kerana walaupun ditujukan khas kepada golongan tertentu, tetapi
pengajarannya mudah-mudahan dapat diambil oleh semua yang mahu mengambil
pengajaran.
Mengapa saya mahu berkongsi sesuatu kepada kohai?
Sebabnya mudah. Saya hanya menjalankan naluri semula jadi manusia yang suka
berkongsi perkara bermakna bagi mereka,dan dirasakan bermakna kepada orang yang
ingin dikongsi. Misalnya, kita cenderung
untuk beritahu kawan-kawan jika jumpa restoran yang sedap dan murah. Ini kerana
restoran yang sedap dan murah itu bermakna bagi kita dan kita sangka bermakna
bagi orang lain.
Apakah ‘makna’ yang ingin saya kongsikan? Jawapannya ialah sebuah
‘pengajaran’.
Biar saya huraikan.
Saya adalah bekas pelajar RPKJ, Batch 16, ke Jepun tahun 1999 dan pulang
tahun 2005 bersama ijazah sarjana muda dan sarjana (master) di sana. Dengan sedikit
pengalaman enam tahun tinggal di sana, dan setelah hampir 8 tahun meninggalkan
Jepun, saya masih tidak berhenti memuhasabah samada secara sedar atau tidak.
Sepanjang tempoh itu, saya menemui
pengajaran yang dikutip dari pengalaman diri sendiri dan teman-teman
seperjuangan. Pengajaran inilah yang amat berharga bagi saya. Namun, kesilapan di
masa lalu tidak boleh diperbetulkan. Tetapi ia mungkin berguna kepada generasi
yang akan datang. Generasi akan datang itu adalah adik-adik yang bakal dan sedang menjadi pelajar di Jepun. Maka
sebab itulah saya kongsikan sebuah ‘pengajaran’ ini kepada adik-adik. Samada ia
bermanfaat atau tidak, adik-adiklah yang tentukan.
(Gambar hiasan: Jalan-jalan ke taman tulip. Saya di tengah)
Selain itu, dari penulisan ini, sekurang-kurangnya dapat memberi peluang
kepada saya menyusun pengalaman dan pengajaran lalu sebagai panduan hidup saya
sendiri. Apatah lagi, dalam berkongsi penulisan ini, mungkin ada lagi nilai
tambah yang akan diberi oleh pembaca. Maka, ia bakal menambah lagi koleksi
muhasabah dan pengajaran.
Jadi, walaupun tidak ada sesiapa yang meminta, dan mungkin tidak ada
sesiapa yang mahu membaca, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi kepada
mereka yang sudi. Jika saya pendamkan, hati akan rasa ‘berdosa’. Dan apabila
saya berjaya luahkan, mudah-mudahan tenteramlah akal, minda dan hati.
------------------------------------------------------
(Gambar hiasan)
TUJUAN ASAS- Dapatkan ijazah dalam jangka masa yang ditetapkan.
Ini adalah tujuan yang PALING ASAS yang patut ada sebagai pelajar. Biasiswa
yang diterima adalah dari cukai rakyat Malaysia. Oleh
itu, gunakanlah sebaik mungkin. Ia adalah harta yang dipertanggungjawabkan untuk anda. Dan
pastinya anda (termasuk saya yang juga penerima biasiswa) akan ditanya di
akhirat kelak ke mana wang itu dibelanjakan.
USAHA - Berusahalah 6 kali ganda
Saya pernah membuat pengiraan, perbelanjaan untuk seorang belajar di
universiti di Jepun adalah bersamaan dengan 5 hingga 6 orang untuk belajar di
universiti tempatan. Dengan kata lain,
kerajaan mampu untuk beri biasiswa kepada 5 atau 6 orang pelajar tempatan jika
kerajaan menarik biasiswa anda seorang.
Oleh itu, pastikan prestasi, kualiti dan impak yang bakal anda berikan
kepada Malaysia apabila bergraduasi nanti sekurang-kurangnya 5 atau 6 kali graduan
tempatan. Harus diingat, kebanyakan pelajar tempatan pula hanya dapat pinjaman
PTPTN. Mereka perlu pulangkan balik wang pinjaman itu. Oleh itu, selepas anda
dan saya ‘bedal’ duit kerajaan/duit rakyat Malaysia yang banyak itu, apakah
yang ingin anda pulangkan?
Wallahualam.
つづく...
well said
ReplyDelete