Pages

Wednesday, 30 January 2013

Dari Senpai Untuk Kohai (Siri 3) – Tips Belajar Di Jepun

"Namun, ada satu tips yang bagi saya IBU kepada segala tips. Sekiranya dapat diamalkan tips ini, tips-tips lain akan mudah dilaksanakan, malah anda akan mampu melahirkan tips sendiri." 

(Gambar hiasan: Dicedok dari Group Facebook ALEPS)

Antara tips belajar di Jepun;
“Banyakkan tengok tv di Jepun untuk cepat belajar Nihonggo (Bahasa Jepun)”
“Banyakkan bergaul dengan nihonjin (orang Jepun)”
“Selalu makan natto! Berkhasiat untuk kepala otak”.
“Buat persiapan sebelum kelas.”
“kalau tak paham apa sensei tulis, salin je dulu. Lepas kelas boleh tanya kawan”
“Pagi-pagi jangan lupa mandi dan gosok gigi walau suhu -20 ”.
“Pastikan di kelas duduk barisan depan”.


 

Tips ini saya dapat dari banyak sumber seperti rakan sekelas, senpai (senior), sensei (cikgu) dan ada yang terbit dari khayalan saya sendiri. Pandai-pandailah anda kenal pasti yang manakah betul, dan yang manakah yang palsu.

Namun, ada satu tips yang bagi saya IBU kepada segala tips. Sekiranya dapat diamalkan tips ini, tips-tips lain akan mudah dilaksanakan, malah anda akan mampu melahirkan tips sendiri. Ibu segala tips itu ialah, “MEYAKINI TAHUN PERTAMA DI JEPUN ADALAH TAHUN PALING KRITIKAL”.  Bagi saya, antara waktu yang paling kritikal semasa belajar di Jepun ialah tahun pertama, bukan tahun akhir. Ada 3 sebab utama saya mengatakan demikian;

Tahun pertama banyak subjek teras yang menjadi asas kepada subjek tahun berikutnya
Di tahun pertama, kita belajar subjek-subjek asas dan teras (wajib ambil) seperti Senkeidaisu (Statistik), Bibun sekibun (pembezaan dan pengamiran), dan banyak lagi (yang saya pun dah lupa nama-nama dia da…) Subjek-subjek tahun kedua dan ketiga pula adalah kebanyakannya kesinambungan atau subjek aplikasi kepada subjek tahun pertama. Jadi, silalah bayangkan jika kita tidak dapat menguasai subjek –subjek asas di dalam Bahasa Jepun dengan baik, bagaimana kita mahu belajar subjek yang seterusnya yang mengaplikasikan subjek asas yang kita tidak kuasai? Maka, orang yang tidak dapat kuasai subjek tahun pertama, akan bertambah deritalah mereka di tahun-tahun berikutnya. 

Jika kena  'repeat' subjek tahun pertama....
Masalah lebih besar timbul apabila kita gagal subjek teras di tahun pertama. Kita perlu repeat di tahun ke dua. Tapi banyak kes di mana jadual untuk subjek repeat itu bertembung dengan jadual subjek tahun ke dua. Jadi, kita mungkin terpaksa bawa subjek itu ke tahun 3 sedangkan tahun ke 3 pun sarat dengan jadual subjek tahun ke 3 bersama subjek tahun 2 yang kita gagal‼

Tahun pertama adalah masa mencari ‘comfort zone’ di Jepun
 Di Jepun, gaya hidup kita akan berubah akibat dari perubahan suasana yang drastik. Perubahan suasana dari segi bahasa, cuaca, makanan, masyarakat, pergaulan . ..semuanya akan mengubah kita. Apabila kita keluar dari Malaysia ke Jepun, sebenarnya kita sedang keluar dari comfort zone di Malaysia, dan terpaksa mencari comfort zone yang baru Jepun. Oleh itu gaya hidup kita akan berubah sehinggalah kita dapat menyesuaikan diri dengan zon baru tersebut. Maka, adalah amat mustahak untuk kita KAWAL perubahan diri itu kepada bentuk yang lebih baik. Itu semua berlaku di tahun pertama. Jika di tahun pertama kita dapat ubah diri menjadi suka belajar, dan kita selesa dan telah membiasakan diri dengan suasana suka belajar itu, maka tahun-tahun berikutnya kita hanya ikut sahaja gaya hidup itu.
Sebaliknya, jika kita sudah membiasakan diri hidup ‘berpoya-poya’ dan telah selesa, dan biasa dengan suasana itu, maka bila masuk tahun 2, 3 dan seterusnya… nak ubah adalah lebih sukar. 

Maka, sedarlah wahai kohai-tachi sekelian, tahun pertama adalah tahun kritikal bagi anda di Jepun. Jika dapat sedar hakikat ini, secara automatik akan dapat amalkan tips-tips belajar yang lain. Anda akan pastikan duduk di barisan hadapan di kelas, akan cepat-cepat cari jalan menguasai bahasa Jepun, akan memberanikan diri bertanya soalan kepada sensei. Anda akan mudah bangun pagi walaupun ditenggelami selimut tebal dan suhu di luar sana adalah minus 20 darjah C. Anda akan dapat rasa ‘tekanan positif’ yang mendesak diri untuk belajar kerana sedar yang anda sedang berada di tahun kritikal. Dan yang lebih penting, dari 'tekanan positif' ini, mudah-mudahan akan lebih mudah untuk ingat Tuhan. Kerana, sudah menjadi tabiat manusia akan kembali kepada Tuhan disaat-saat sukar.



Apabila dapat kuasai subjek di tahun pertama, insyaAllah akan jadi manusia positif. Anda akan lebih yakin menelusuri  tahun-tahun berikutnya. Orang putih kata “Success brings more success”.  Kejayaan melalui tahun pertama akan menghasilkan kejayaan tahun ke dua dan seterusnya, insyaAllah. Tapi kalau anda gagal diperingkat awal, mula rasa tertekan, hati tak tenang, mula menyesal bagai…

Mungkin ada yang berkata, "Simplenyer tips ni... takde tips yang lebih mencabar ke?"


Wahai kohai-tachi

Untuk sentiasa meyakinkan diri bahawa tahun pertama adalah tahun kritikal, barangkali tidaklah semudah yang disangka. Ada cabarannya. Sekiranya diizinkan Tuhan, saya akan ulas cabaran di tahun pertama dalam siri akan datang. 

Wallahu'alam.

Moga bermanfaat.

2 comments: