Landasan yang benar?
PAS berusaha untuk memastikan gerakan mereka
sentiasa di landasan yang betul sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran dan
Sunnah. Antara usaha mereka;
1. Dalam perlembagaan PAS secara jelas
menyebut Al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan tertinggi.
2. Majlis syura ulama (MSU) diwujudkan untuk
pastikan PAS tidak tergelincir dari landasan syarak.
3. Tidak cukup dengan itu, Dewan Ulama pula
diwujudkan bagi menghimpunkan ribuan ahli yang berlatar belakang pengajian
Islam.
4. PAS juga membina networking dengan gerakan Islam lain di seluruh dunia. Mereka merujuk antara satu sama lain untuk memastikan gerakan mereka benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Sunnah.
Barangkali ini semua belum cukup untuk
memastikan PAS 100% berada di landasan yang benar.
Sekarang, bagaimana pula usaha UMNO untuk
memastikan organisasi mereka di landasan yang benar seperti dinyatakan dalam
Quran dan Sunnah?
Soalan ini, biarlah orang-orang UMNO yang
jawab.
………………………….
Gajah itu seperti lidi?
PAS adalah gerakan politik. Namanya sebaris
dengan DAP, PKR, UMNO dan lain-lain.
PAS juga merupakan gerakan dakwah Islam.
Namanya sebaris dengan Jamaah Tabligh, ABIM, ISMA dan lain-lain.
Ini adalah antara definisi asas untuk
memahami PAS.
Dengan hanya memahami salah satu
sahaja dari definisi-definisi ini akan menjadikan penilaian kita tidak lengkap.
Ibarat
si buta yang memegang ekor gajah lalu membuat kesimpulan, "gajah
itu kurus seperti lidi"!.
………………………………
3 paksi
PAS bergerak atas 3 paksi;
1. Dakwah
2. Tarbiyah
3. Siasah (Politik)
Dalam aspek dakwah ini, yang utama adalah
menyampaikan Islam kepada masyarakat. Samada masyarakat kenal PAS atau tidak,
itu soal kedua.
Sebab itu wujud ramai penceramah/ustaz PAS yang
berdakwah atas kapasiti pendakwah bebas.
Dalam masa yang sama, media dan masyarakat
lebih berminat ikuti gerak kerja politik PAS. Sedangkan terlalu banyak gerak
kerja dakwah dan tarbiyah yang tidak mendapat perhatian media. Kalau dapat
liputan sekalipun, ia tidak viral.
Kesannya, masyarakat lebih kenali PAS sebagai
gerakan politik semata-mata.
…………………………
Ulama UMNO tubuh PAS
PAS ditubuhkan secara rasmi pada 1951.
Penubuhannya adalah hasil dari 3 kali persidangan para ulama UMNO.
Persidangan ke-3 diadakan di ibu pejabat UMNO Butterworth. Di
sinilah PAS mendapat nama. Presiden PAS yang pertama (masa tu disebut Yang
DiPertua) ialah Haji Ahmad Fuad Hassan yang merupakan pengerusi badan Agama
UMNO.
Sejak itu dan hingga ke saat ini, UMNO
tidak berjaya mengumpulkan dan menginstitusikan semula para ulama dalam organisasi
mereka.
Jangan keliru... Ulama Muda UMNO (ILMU)
tidak ada dalam struktur organisasi UMNO.
…………………………….
No comments:
Post a Comment