Ada sahabat yang prihatin berkata, “Masalah asas Malaysia ini adalah pemimpin yang
korup, dengan isu 1MDB, isu penyalahgunaan harta rakyat, rasuah, kebajikan
rakyat tidak terjaga, harga barang naik, GST dan lain-lain. Ini sebenarnya
masalah yang menggusarkan rakyat Malaysia. Ini sebenarnya ISU RAKYAT. Isu agama hanyalah isu yang dimanipulasikan
untuk melindungi masalah sebenar!”
Maka ini respon saya;
‘Isu
rakyat’ Mekah sebelum kedatangan Islam
Semasa zaman sebelum kedatangan Islam,
segala macam ‘isu rakyat’ yang kita boleh jumpa di Mekah. Antaranya;
1. Masalah assobiyah yang menyebabkan
peperangan antara puak yang memakan masa beratus tahun.
2. Masalah ekonomi yang tidak seimbang.
Riba berleluasa. Yang kaya terus memperalatkan yang miskin.
3. Masalah hak asasi manusia seperti
perhambaan.
4. Masalah hak wanita yang dinafikan.
Anak perempuan ditanam hidup-hidup.
5. Masalah politik/pemerintahan yang
caca merba. Tiada sistem.
6. Masalah sosial seperti penzinaan yang
berleluasa.
7. Masalah arak dan kesan sosial
darinya.
Pendek kata, segala jenis masalah yang
diistilahkan sebagai ‘isu rakyat’ ada di Mekah ketika itu.
Hasil
seruan LAA ILAAHA ILLALLAH
Jika diperhatikan, isu penyembahan
berhala atau mensyirikkah Allah bukanlah ‘isu rakyat’ ketika itu. Memang ada golongan yang tidak
menyembah berhala, tetapi majoriti
rakyat boleh menerimanya sebagai amalan turun-temurun nenek moyang mereka.
Namun, apabila Nabi Muhammad S.A.W mula
berdakwah, seruan pertama baginda adalah beriman kepada Allah S.W.T tanpa
mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun. Itulah seruan LAA ILAAHA ILLALLAH. Itulah
seruan untuk manusia meninggalkan amalan menyembah berhala dan mengembalikan hak yang layak untuk disembah dan menentukan hukum hanya pada Allah. Selama 13 tahun berdakwah di Mekah, seruan
baginda berkisar persoalan aqidah dan tauhid!
Akibatnya, baginda ditentang
habis-habisan, pengikut baginda yang bilangannya masih sedikit ketika itu dipulaukan. Baginda sendiri cuba dibunuh dan kemuncaknya baginda bersama
para sahabat keluar dari Mekah berhijrah ke Madinah. Berpisahlah antara anak dan bapa, suami dan isteri demi memelihara kesucian aqidah. Ada sahabat yang terpaksa meninggalkan 'empayar' perniagaan mereka di Mekah dan berhijrah ke Madinah dalam keadaan sehelai sepinggang.
Kalau hendak difikirkan logik akal sesetengah
orang, adalah lebih mudah jika dakwah baginda dimulakan dengan memperjuangkan
apa yang dinamakan ‘isu rakyat’. Baginda
boleh jadi jaguh ekonomi seperti penentang sistem riba, atau pejuang hak asasi
seperti menentang kezaliman terhadap wanita, atau pejuang ‘kebangsaan Arab’ iaitu dengan mengajak semua
kabilah-kabilah arab bersatu. Baginda boleh berslogan yang berbunyi "hidup Arab!" atau "hidup Quraisy!". Secara logiknya, kalau baginda berbuat begitu,
tentulah lebih ramai golongan tertindas yang akan menyahut seruan baginda! Memulakan
perjuangan dengan menyentuh isu penyembahan berhala oleh kaum musyrikin Mekah
sebenarnya ibarat menjolok sarang tebuan!
Namun begitu, hasil dakwah baginda kita
dapat lihat dengan jelas. Sebaik sahahja masyarakat Mekah mula menerima seruan
Islam semasa peristiwa pembukaan Mekah, segala masalah ‘isu rakyat’ selesai
dalam masa yang begitu singkat! Masyarakat Arab yang asalnya hidup dalam
belenggu masalah ‘isu rakyat’, akhirnya berupaya menjadi masyarakat yang kuat
dan mulia. Hinggalah kepada tahap di zaman pemerintahan Umar Al-Khattab Islam
memerintah 2/3 dunia. Suatu zaman yang disifatkan sebagai zaman “kemuncak keamanan dunia.” Bermakna, tidak ada zaman yang lebih
“sejahtera” dan segala ‘isu rakyat’ dapat diselesaikan sebaik zaman ini.
Apa
rasionalnya?
Persoalan yang timbul, bagaimana Islam
yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w boleh menyelesaikan masalah ‘isu rakyat’
di Mekah dengan begitu berkesan sekali? Apakah rasionalnya?
Sebelum memberi jawapan, mari kita
meluruskan kembali akidah kita. Kalau kita lihat dari sudut akidah, sebenarnya
soalan ini tidak perlu wujud. Apabila kita meyakini bahawa Islam itu adalah
agama yang diturunkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui, kita tidak perlu tahu
lagi apa rasionalnya. Cukup dengan beriman segala arahan dan perintah Allah
dengan sepenuh hati. Cukup dengan berpegang pada janji Allah yang dinyatakan dalam Al-Quran. Antaranya firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (QS. Al A’rof: 96)
Begitu juga firman Allah S.W.T yang bermaksud;
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath Tholaq: 2-3)
Namun, Islam tidak melarang kita mencari rasional disebalik segala ajaran Islam. Asalkan jangan sampai rasional akal menjadi pilihan mengatasi kehendak wahyu. Sebenarnya semua ajaran dan perintah Allah itu bersifat rasional, hanya akal manuisia yang terbatas menyebabkan rasional atau hikmah disebalik perintah Allah itu belum terdedah.

Baiklah. Mari kembali kepada persoalan
asal. Apa rasionalnya seruan untuk kembali kepada agama Islam yang murni itu
dapat menyelesaikan ‘isu rakyat’?
Jika kita perhatikan secara saksama,
kita akan dapati segala masalah ‘isu rakyat’ itu sebenarnya bukanlah masalah
yang paling dasar. Ia hanyalah ‘simptom’. Ia hanyalah ‘presented problem’. Jika dibuat ‘root cause analysis’, kita akan
dapat lihat masalah sebenar atau ‘the
real problem’ adalah masalah “manusia enggan tunduk patuh kepada kebenaran yang
datang dari penciptanya iaitu Allah”. Jika dengan Allah sendiri manusia sanggup menyeleweng, jika segala bentuk hukuman dan sistem pemerintahan yang telah ditetapkan Allah, manusia masih mahu mencari pilihan lain, apatah sangat hendak menyelewengkan wang negara oleh sang pemerintah? Inilah
masalah paling teras. Inilah yang dinamakan masalah tauhid, masalah aqidah,
masalah iman dan masalah takwa! Akibat keengganan beriman kepada Allah itulah,
nafsu menguasai manusia. Apabila manusia sudah berTuhankan hawa nafsu, maka
muncullah segala macam masalah yang dinamakan ‘isu rakyat’ itu.
Justeru, tidak hairanlah Nabi Muhammad
s.a.w sejak dari awal dakwah lagi
menyentuh kepada penyelesaian kepada masalah teras iaitu “LAA ILAAHA ILLALLAH”
iaitu mengembalikan ketaatan manusia bukan lagi pada makhluk, tetapi kepada
Allah yang mencipta manusia.
Pernyelewengan pertama sebelum penyelewengan 1MDB
Segala penyelewengan dan korupsi barisan pemerintah yang kita lihat hari ini, sebenarnya sudah bermula pada hari pertama pemerintahan dan berlaku di peringkat dasar lagi.
Tunku Abdul Rahman pernah mengisytiharkan Tanah Melayu sebagai negara sekular. Pengisytiharan ini bukan sekadar 'on paper', tetapi benar-benar telah dilaksanakan. Inilah awal kepada segala bentuk kerosakan dan penyelewengan yang kita saksikan hari ini.
Kalau kita kaji (google) sedikit pandangan Islam terhadap sekular, kita akan dapati secara jelas sistem sekular tidak ada tempat dalam Islam. Islam dan sekular tidak akan boleh bersama. Umpama gelap dan terang tidak boleh bersama.
PAS pula, sejak hari pertama penubuhannya iaitu pada awal 1950-an lagi, sudah bekerja untuk membetulkan semula dasar pemerintahan utk kembali kepada Islam secara kaffah (keseluruhan).
Sebelum wujudnya gerakan #selamatkanMalaysia, PAS dan gerakan Islam yang selari dengannya telah lama lancarkan '#selamatkanTanahMelayu'.
Al-Quran sejak 1,400 tahun lagi sudah mengingatkan dalam begitu banyak ayat bahawa mana-mana individu atau kumpulan manusia (tidak kira atas nama kaum, bangsa, negara atau tamadun) yang mengambil hukum selain dari hukum yg telah ditetapkan oleh Allah dan rasul, pasti lambat laun akan terzahirlah kerosakan (fasad).
Tidak hairanlah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor semasa tahun 90an, ketika bertembung dengan barisan pemerintah yang dipimpin Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri, telah mendoakan Tun Dr. Mahathir panjang umur agar beliau dapat melihat sendiri kesan akibat perbuatan tangannya.
Waktu itu belum lagi muncul isu 1MDB dan segala bentuk 'isu rakyat' yang kita saksikan hari ini. Bukanlah Ustaz Fadzil Noor ini boleh meramal masa depan seperti nujum, tetapi beliau hanya membaca dan percaya pada ketetapan Allah yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;
"Telah nampak (terzahir) kerosakan (fasad) di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yg benar)" (Ar-ruum:41)
Penyelewengan dan kerosakan yg kita lihat hari ini hanya membuktikan kebenaran Al-Quran.

Jadi,
apa masalah Malaysia hari ini? Apa Penyelesaiannya?
Sekarang, mari kita berbalik kepada
keadaan Malaysia hari ini.
Tidak dinafikan, isu penyelewengan wang1MDB adalah isu
rakyat. Harga barang naik adalah isu rakyat. GST adalah isu rakyat. Rasuah
adalah isu rakyat. Pemimpim yang korup adalah isu rakyat. Tetapi ia hanyalah simptom.
Isu terasnya ialah “manusia menjauhi perintah Allah”. Maka, tiada
penyelesaian yang lebih baik lagi selain dari menyeru manusia untuk kembali
kepada Allah. Dan itulah seruan Islam! Inilah penyelesaian yang paling
mendasar! Justeru, jangan sekali-kali kita menyangka seruan ke arah aqidah yang
mantap, ke arah tauhid, ke arah iman dan takwa, ke arah kembali kepada ajaran
Islam yang syumul itu hanya layak dibicarakan di masjid dan tidak ada kena mengena dengan ‘isu rakyat’!
Allah yang menciptakan manusia, sudah
pasti Allah Maha Mengetahui penyelesaian kepada segala permasalahan manusia. Formula
penyelesaian itu telah dijelaskan secara tuntas di dalam Al-Quran. Keberkesanannya
telah terbukti semasa awal ia diturunkan di Mekah. Ia telah berjaya
menyelesaikan masalah ‘isu rakyat’ di Mekah suatu masa dahulu. Ia telah
mengeluarkan masyarakat Arab yang ditenggelami dengan jahiliyah, kepada zaman
yang penuh gemilang sehingga dirasa oleh seluruh pelusuk dunia.
Oleh itu, jika kita mahu Malaysia
keluar dari segala masalah ‘isu rakyat’ ini, maka yakinlah, tiada penyelesaian
yang paling tepat selain kembali kepada formula yang sama seperti yang dipakai
di Mekah dahulu iaitu kembali kepada Islam!
Tamadun barat yang sesetengah kita
kagumi itu pun, setelah melalui zaman pencerahan (renaisance) mereka turut belajar dari tamadun Islam. Malangnya, mereka hanya mengambil aspek ‘material’nya
sahaja dan ‘mengubah suai’ aspek aqidah atau spiritual. Sebab itu tidak hairan
walaupun mereka mencapai kemajuan material hari ini (yang mana dicedok dan
dikembangkan dari tamadun Islam), tetapi mereka sedang tenat menghadapi
penyakit-penyakit spiritual. Kemajuan kebendaan yang mereka nikmati hari ini
menjadikan mereka semakin ‘hidup susah’. Jika mereka tidak segera kembali
kepada Islam sepenuhnya, mereka akan jatuh dan rebah bila-bila masa sahaja.
Jika tidak segera diselamatkan, bila-bila masa sahaja mereka akan ditimpa nasib
yang sama seperti ‘tamadun
kebendaan’ yang terdahulu seperti kaum
Aad, kaum Tsamud, kerajaan Firaun dan lain-lain. Itulah sunnatullah.
Akhir
kata….
Sempena bulan Ramadhan yang juga
dinamakan sebagai bulan Al-Quran ini, marilah kita sama-sama menanamkan tekad
untuk benar-benar kembali kepada ajaran Al-Quran. Tanamkanlah keyakinan bahawa
Al-Quran ini benar-benar ‘petunjuk kepada manusia’. Dengan petunjuk itulah kita
dapat membezakan mana ‘isu sebenar’, mana simptom dan mana manipulasi.
Semoga kita selamat dari segala tipu
daya dunia, dan selamat jua di akhirat kelak.
Peringatan buat diriku jua…
Basri DK
basridk.blogspot.com
21 Ramadhan 1437H/ 26 Jun 2016
Kemaskini pada: 2 Muharam 1438/ 3 Oktober 2016
21 Ramadhan 1437H/ 26 Jun 2016
Kemaskini pada: 2 Muharam 1438/ 3 Oktober 2016
No comments:
Post a Comment