Pages

Friday, 17 June 2016

KOLEKSI CATATAN HARIAN (4) - TEMA: AL-QURAN


Takwa

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

" (Al-Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, hidayah dan pengajaran bagi orang-orang bertakwa". (3:138)

Manusia itu jarang tidak dapat bezakan antara kebenaran dan kepalsuan. Tabiat kebenaran itu amat jelas hingga tidak memerlukan penjelasan yang panjang lebar.

Tapi manusia biasanya kurang cenderung kepada kebenaran dan kurang kekuatan untuk memilih jalan kebenaran. Mereka samada tunduk kepada tekanan hawa nafsu atau takut kepada ancaman penindasan terhadap perjuangan menegakkan kebenaran.

Kecenderungan kepada kebenaran dan daya kekuatan untuk terus berpegang kepada kebenaran ini hanya dapat diwujudkan oleh iman dan takwa.

Dengan sebab itulah, walaupun Al-Quran menjadi penerangan bagi seluruh manusia, hanya yang bertakwa sahaja yang mendapat hidayah dan pengajaran darinya.

(Disunting dari Fi zilalil Quran)

…………………

Kena tipu

Semua orang Islam tahu solat berjemaah di masjid lebih banyak ganjaran pahalanya berbanding solat bersendirian di rumah. Tapi kenapa masjid-masjid masih kosong?

Bila amal kita tidak selari dengan keyakinan kita, itu tanda kita sedang ditipu diri sendiri.

Mudah-mudahan Al-Quran yang dibaca dengan kefahaman dapat sedarkan diri dari ditipu. Jom baca Al-Quran.
…………………..

Rasai sendiri

 Betul ke Al-Quran itu datang dari Tuhan? Betul ke Al-Quran itu kebenaran? Mcm mana kita tahu?

Kalau jawapan kita,  "sebab ustaz-ustaz bagitau. Aku ikut je..", Itu mungkin tanda yang kita percaya, tetapi belum benar-benar yakin.

Teruskan baca, belajar, hayati dan amalkan isi Al-Quran.

Semoga kita dapat rasai dan alami sendiri kebenaran dan keindahan Al-Quran yang tidak mampu diungkap oleh keterbatasan kata-kata manusia.

……………………….

Penguat jiwa

 Seringkali manusia jadi jahat bukanlah kerana dia tidak tahu perbuatannya jahat. Tapi kerana ia gagal mengawal nafsu.

Al-Quran pula jika dibaca, dipelajari dan difahami,  boleh menjadi penguat jiwa untuk menundukkan kerakusan nafsu.

Antara tanda hidup yang bebas dari kongkongan nafsu ialah bila ada awek cun dan seksi lalu disebelahnya, dia akan segera tundukkan pandangan secara spontan.

Bahagianya hidup yang bebas dari diperhambakan hawa nafsu.
………………………………

Haq dan batil

Sewaktu perang badar, Abu jahal dan pasukannya mendakwa perjuangan mereka menentang Muhammad s.a.w itu benar. Abu jahal juga berdoa pada Allah agar dimenangkan pasukan tenteranya.

Israel mendakwa mereka di pihak yang benar ketika menyerang palestin.

Sewaktu US mengebom Iraq, US mendakwa mereka di pihak yang benar.

UMNO mendakwa perjuangan merekalah yang benar. PAS juga mendakwa merekalah di pihak yang benar.

Justeru, mana satu yang benar?

Di sinilah peranan Al-Quran. Kerana Al-Quran itu membezakan yang haq dan batil. Lagi banyak kita mendampingi Al-Quran, makin jelaslah perbezaan antara yang benar dan yang salah di mata kita.

Yang jadi masalah hari ini adalah manusia begitu 'liat' untuk mendalami Al-Quran. Seolah-olah ada dinding antara mereka dengan Al-Quran.

………………………………

Kicap tetap kicap

 Secara umumnya, Al-Quran membicarakan tentang 3 jenis manusia;
1. Orang beriman
2. Orang kafir
3. Orang munafik

Setiap jenis manusia ini dinyatakan secara terperinci tentang 'substance' atau sifat-sifat mereka sehingga ke  peringkat dialog-dialog mereka.

Oleh itu, kita boleh buat 'gap analysis' antara kita dengan 3 jenis manusia tadi. Adakah kita mempunyai sifat orang beriman, atau kafir, atau munafik.

Dengan cara ini, kita akan sedar bahawa setiap patah ayat Al-Quran ditujukan pada diri kita walaupun pada ayat-ayat yang membicarakan tentang orang yahudi.

Jangan berpuas hati dengan jenama atau label Islam pd nama dan kad pengenalan. Kicap tetap kicap walaupun dilabel dengan nama coca-cola.

……………………

Cinta tapi hambar

 Jika kita mencintai kebenaran, benar-benar ingin berpegang dengan kebenaran, benar-benar ingin hidup dan mati bersama kebenaran, pasti kita akan sangat appreciate kewujudan Al-Quran  serta sering mendampingi Al-Quran.

Sungguh... saat catatan ini ditulis, saya tidak dapat 'terima' orang yang mengaku dirinya muslim dan  cintakan kebenaran, tetapi dalam masa yang sama begitu 'hambar' hubungannya dengan Al-Quran.

…………………………

Buang pengaruh sekular

Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, perlembagaan negara adalah berdasarkan perlembagaan yang dirangka oleh pihak British iaitu Suruhanjaya Reid.

Ramai ulama menentang perlembagaan ini kerana ia menjadikan Tanah Melayu sebagai negara sekular, iaitu urusan pemerintahan tiada kaitan dengan agama (Islam).

Malah Tunku Abdul Rahman sendiri pernah menyatakan Tanah Melayu sebagai negara sekular.

Pemikiran sekular ini meresap dalam diri kita tanpa kita sedar.

Contohnya, masa zaman kita di asrama, ustaz/ustazah menekankan pelajar2 dimestikan tutup aurat terutama waktu subjek agama dan di masjid. Sedangkan guru2 lain pun ada yang tidak menutup aurat,  waktu subjek lain dan sewaktu di luar masjid, tiada penekanan yang sama diberikan. 

Suasana sebegini secara halus men'doktrin' kita bahawa "tutup aurat hanya penting  semasa  subjek agama dan dalam masjid dan dilakukan oleh para ustaz/ustazah sahaja".

Contoh lain, dalam agama kita diajar tentang keutamaan solat berjemaah. Di asrama kita diwajibkan solat berjemaah pada waktu-waktu tertentu.Tetapi ketika di luar asrama, kita dapati kaum keluarga, masyarakat sekitar, para pemimpin/tokoh masyarakat yang  tinggal berdekatan kita pun tak hadir solat berjemaah.

Secara halus suasana mendoktrin kita bahawa, "topik kepentingan solat berjamaah hanyalah topik dalam subjek agama semata-mata dan untuk jawab exam semata-mata".

Terlalu banyak lagi contoh lain yang menunjukkan pemikiran sekular sedang meresap dalam diri kita secara sedar atau tidak. 

Pemikiran sekular adalah pemikiran yang menganggap urusan agama tiada kaitan urusan kehidupan. Pemikiran yang menjadikan urusan agama terbatas dalam juzu' tertentu, dalam keadaan tertentu, oleh golongan tertentu.

Tanpa kita sedar, kita menyangka inilah lslam! Justeru, tidak menghairankan apabila ada sekumpulan ulama yang menentang pemikiran ini, masyarakat menolak kumpulan ulama ini. Ulama ini pula yang dianggap sesat, jumud, tidak pandai memerintah, dan lain-lain.

Dalam masa yang sama, kumpulan/parti  berfahaman "politik suku, agama suku" pula diangkat menjadi pemimpin.

Jika kita benar-benar mahu membebaskan diri dari sebarang bentuk doktrin yang menyesatkan, tiada jalan lain selain dari  kembali menghayati ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Waktu itu, insyaAllah kita akan appreciate dengan kewujudan Al-Quran yang masih terpelihara hingga kini.

Semoga Allah memilih kita untuk benar-benar berada di jalan yang lurus.


No comments:

Post a Comment