Tongkat dan bayang
Sementara kita mengkaji sesuatu isu atau mana-mana parti politik/gerakan/pertubuhan/ perkumpulan untuk kita tentukan sikap (samada untuk disokong, diundi, dibantu, dilawan), perkara utama yang perlu kita buat ialah 'kaji' diri sendiri juga.
Adakah sudah jelas apa itu kebenaran dan apa
itu kebatilan? Adakah kita dapat bezakannya sebagaimana kita dapat bezakan
antara cahaya dan kegelapan?
Bagaimana seseorang itu dapat membuat
penilaian yang benar jika dia sendiri tidak tahu 'benar' itu apa?
Tongkat yang bengkok tidak akan dapat
menghasilkan bayang yang lurus.
Keliru
Kebenaran (al-haq) itu jelas. Kebatilan itu
jelas. Orang yang berpegang dengan
kebenaran itulah yang berbahagia dunia dan akhirat.
Namun kita manusia biasa sering terkeliru.
Jalan kebenaran itu nampak seperti penuh liku dan duri.
Jalan kebatilan pula dihiasi dengan
keindahan yang sementara dan palsu.
Setiap kali di persimpangan, seringkali
kita terjebak dengan salah faham, sehinggakan yang lurus disangka bengkok, yang
bengkok disangka lurus.
Kadangkala kita diserang perasaan keliru,
jemu dan lesu yang jika tidak dibantu, akan membawa kepada putus asa.
Saat beginilah kita dapat merasakan yang
kita amat berhajatkan pertolongan Tuhan.
Maka tidak hairanlah Allah mewajibkan kita
mengucapkan: "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" sekurang-kurangnya
17 kali setiap hari melalui ibadat solat yang kusyuk.
…………………………………………………….
Tidak tahu vs tidak mahu
Semua tahu solat 5 waktu itu wajib. Tetapi
berapa ramai yang meninggalkannya?
Semua tahu buat maksiat itu dosa, melihat gambar lucah itu dosa. Tetapi berapa
ramai yang masih melakukannya?
Kebenaran (al-haq) itu jelas. Kebatilan itu
jelas.
Yang menjadi gap antara diri manusia dengan kebenaran itu bukanlah kerana tidak
tahu, tetapi kerana tidak mahu.
Rasulullah (sila berselawat) ada bersabda (dengan
maksud):
“Setiap
umatku akan masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan untuk memasukinya.
Ada seseorang yang bertanya, siapakah orang yang enggan tersebut wahai
Rasulullah ? Beliau bersabda, “Barangsiapa mentaatiku akan masuk syurga,
barangsiapa tidak taat kepadaku sungguh dia orang yang enggan masuk syurga“.
…………………………………………
Abu Jahal juga berdoa
Sewaktu perang badar, Abu jahal dan
pasukannya mendakwa perjuangan mereka menentang Muhammad s.a.w itu benar. Abu
jahal juga berdoa pada Allah agar dimenangkan pasukan tenteranya.
Israel mendakwa mereka di pihak yang benar
ketika menyerang palestin.
Sewaktu US mengebom Iraq, US mendakwa mereka
di pihak yang benar.
UMNO mendakwa perjuangan merekalah yang
benar. PAS juga mendakwa merekalah di pihak yang benar.
Justeru, mana satu yang benar?
Di sinilah peranan Al-Quran. Kerana
Al-Quran itu membezakan yang haq dan batil. Lagi banyak kita mendampingi
Al-Quran, makin jelaslah perbezaan antara yang benar dan yang salah di mata
kita.
Yang jadi masalah hari ini adalah manusia
begitu 'liat' untuk mendalami Al-Quran. Seolah-olah ada dinding antara mereka
dan Al-Quran.
………………………………………
Dialog
yang benar, tapi….
"Aku hanya mengemukakan kepadamu, apa yang
aku pandang baik; dan aku hanya menunjukkan kepadamu jalan yang benar. "
Cuba teka, ini dialog siapa?
Orang beriman mengajak manusia ke jalan yang
benar.
Tapi, jangan lupa bahawa pejuang kebatilan
juga menganggap perbuatan buruk mereka terasa indah.
Dan dialog di atas di ucapkan oleh Firaun!
(Semak Quran 40:29,37-38)
Firaun sudah mati. Tapi manusia bercirikan
Firaun terus wujud. Sebab itu Al-Quran terus relevan sebagai petunjuk hingga ke
hari ini.
………………………………………
No comments:
Post a Comment