Pages

Tuesday 22 July 2014

Disamping berdoa untuk Gaza, jangan lupa berdoa untuk Malaysia



Dalam tempoh 14 tahun, sekurang-kurangnya 7,428 orang rakyat Palestin telah terbunuh dalam konflik di Gaza.  Di Malaysia, sekitar 6,000 orang mati dalam tempoh satu tahun sahaja akibat kemalangan jalan raya!

Berada di jalan raya di Malaysia lebih berisiko membawa kematian sebanyak 1.8 kali ganda berbanding berada di Palestin.

Pengiraannya seperti berikut (tolong betulkan kalau saya silap):


Perang di Palestin...
Bilangan rakyat Palestin yang terbunuh sejak 29 September 2000 hingga 21 Julai 2014 (iaitu dalam tempoh kira-kira 14 tahun) : 7,428 orang [1]
Purata bilangan yang terbunuh dalam setahun:  531 orang

Populasi rakyat Palestin tahun 2000: 2.92 juta [2]
Populasi rakyat Palestin tahun 2013: 4.4 juta [3]

Anggaran  purata populasi rakyat Palestin dari tahun 2000 hingga 2013:  3.65 juta
Andaian: peningkatan populasi adalah berkadar terus, maka purata populasi adalah;
(2.92 juta + 4.4 juta)/2 = 3.65 juta.

Purata peratusan  rakyat Palestin yang terbunuh setiap tahun: 0.0145%
531 orang / 3.65 juta x 100 = 0.0145%

‘Perang’ di Malaysia...

Sumber: http://www.miros.gov.my/web/guest/road

Fakta berikut adalah berdasarkan statistik jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang dikeluarkan oleh MIROS [4].

Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya dari tahun 2000 hingga 2012: 82,996
Purata populasi rakyat Malaysia dalam tempoh yang sama: 26.57 juta
Purata kematian dalam setahun: 6,916
Purata peratus kematian akibat kemalangan jalan raya: 0.026%
6,916 / 26.57 juta x 100 = 0.026%

Perbandingan: 0.026/0.0145 = 1.79

Wallahu'alam.

_______________________________________
Rujukan:
[1] http://www.ifamericansknew.org/stat/deaths.html
[2] https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=population+of+palestine
[3] http://www.pcbs.gov.ps/site/881/default.aspx
[4] http://www.miros.gov.my/web/guest/road

No comments:

Post a Comment