Saya mendapat inspirasi dari satu artikel
oleh ustaz Hasrizal “Sunnah Meminta Pendapat Anak”. Beliau menceritakan
tentang bagaimana beliau mendapatkan pendapat anaknya.
Dalam perjalanan menghantar Mus’ab dan
Khadijah ke sekolah, saya cuba ajukan soalan yang sama seperti dalam artikel tersebut,
“Apa yang Mus’ab dan Khadijah suka tentang
ayah?”
Khadijah menjawab, “ Ayah lembut”. Mus’ab
ketawa kecil.
Khadijah menyambung lagi, “ Malam-malam,
kalau bantal tak selesa, saya baring
atas perut ayah. Perut ayah lembut.”
(Khadijah dan Mus'ab tahun 2008)
Ketawa Mus’ab semakin besar.
Memang saya tidak puas
hati dengan jawapan itu. Tetapi saya cuba berlapang dada menerima sebarang
bentuk jawapan walaupun tidak memuaskan. Itu tanda bahawa kita benar-benar
ikhlas mahu bertanya.
“Mus’ab pulak, apa yang Ab suka tentang ayah?”. Saya berharap jawapan Mus’ab lebih menghampiri
‘expectation'.
Mus’ab yang asyik ketawa dari tadi dengan
selamba menjawab, “Emmm…. Tak tahu”.
Saya hampa buat kali kedua.
“Cubalah fikir, Mus’ab. Apa yang Mus’ab
suka tentang ayah?” Saya mengulang soalan yang sama.
Mus’ab menjawab, “Mmm… tak tahu”. Saya
hampa lagi. Selepas geram dengan jawapannya yang seperti acuh tidak acuh itu. Tanpa disedari, saya mula mendesak dengan mengaju soalan yang sama buat kali ketiga. Namun, jawapannya tetap sama. Dengan nada kecewa dan marah, saya berkata,
“ Ha, itulah. Asyik ketawa je. Itu jawapan
orang yang malas fikir!”
Ini adalah ayat hukuman. Ayat ini menunjukkan saya telah gagal.
Pengajaran
1. Saya perlu lebih berlapang dada dan lebih jujur ketika meminta pendapat anak.
2. Sesungguhnya memang benar meminta pendapat anak itu nampak mudah, tetapi sukar bagi saya.
3. Saya perlu membina lagi kepercayaan dengan anak-anak.
4. Saya perlu lebih kreatif menghurai soalan kepada bentuk yang lebih mudah, sesuai dengan tahap kematangan anak.
5. Saya perlu menunjukkan penghargaan atas sebarang jawapan. Elakkan sama sekali menghukum anak-anak kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
6. Jangan meletakkan sebarang 'expectation'.
7. Apabila anak dimarahi pada tempat yang tidak sesuai, sebenarnya saya hanya akan merenggangkan lagi perhubungan.

Sebagai langkah 'damage control', dengan nada yang lebih tenang saya berkata kepada Mus'ab,
"Ok, ayah minta maaf. Bila- bila Mus'ab ada jawapan, tolong beritahu ayah".
Ketika sampai di pintu pagar sekolah, saya mencium dahinya dan memeluk lebih erat dari biasa. Hati kecil berkata,
"Terima kasih Mus’ab dan Khadijah. Kalian telah mendidik ayah".

haha...terbaik...
ReplyDeletePS: besar2 dah anak kau ye..
biasala... kawin muda. huhu
Delete