Pages

Saturday, 29 April 2017

Isu “Jahanam PAN”: Teguran buat para sahabatku dalam PAS

Tersebar video Ketua Dewan Ulama PAS Kedah menyebut “Jahanam PAN” ketika berlangsung muktamar Dewan Ulama PAS Pusat.

Ramai rakan-rakan saya dari Parti Amanah Negara telah mengulas perbuatan tersebut di dinding-dinding Facebook mereka. Ulasan mereka bermacam-macam ‘gaya’. Ada yang bernada marah, ada bernada sedih, ada bernada sinis, dan ada yang bernada  ‘tanpa perasaan’. Ramai pula yang memaafkan dan mendoakan kebaikan  buat PAS.

Ada yang berkata, “alangkah baiknya akhlak AMANAH berbanding PAS.”

Saya menyambut baik semua reaksi mereka. Walau apa pun niat dan ‘nada’ mereka, saya anggap ia satu teguran dan doa yang baik.  Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak.

……………………………………

Susulan dari ulasan rakan-rakan dari Parti Amanah Negara, reaksi balas dari rakan-rakan saya dalam PAS juga pelbagai. Ada yang menyambut baik, tetapi ada pula yang ‘melawan’.

Aik… Muktamar dari pagi sampai ke malam, tang tu ja hangpa boleh pick up?

Banyak kanta pembesar sekarang ni. Pimpinan depa sebut SIAL depa tak nak komen pulak”.

Wahai sahabat-sahabatku dalam PAS, janganlah begitu!

Dengan rendah hati, saya ingin mengajak rakan-rakan saya dalam PAS, agar ‘contohilah saya’. Mari kita menyambut baik teguran dari rakan-rakan kita dalam PAN itu. Apa sahaja teguran yang baik, kita terima walaupun ia datang dari orang yang kita tidak suka.  Memang terasa sukar. Namun, bukankah dalam kesukaran itu biasanya terselindung kebaikan? Bukankah ubat biasanya pahit?

Atas semangat itu, marilah kita mengambil kebaikan dari mereka. Izinkan saya senaraikan beberapa contoh kata-kata ‘sopan’ dan ‘akhlak mulia’ yang ditunjukkan oleh salah seorang pimpinan Parti Amanah Negara di peringkat pusat yang bertaraf ‘ustaz’ ;

1. Gunakan istilah “lebai” (maksud asal: lelaki baik) untuk menyinis orang lain. Gunakan juga perkataan “walaun” sebagai kata-kata sinis terhadap orang yang wala’ pada parti yang tidak sehaluan. Untuk lebih berkesan lagi, gunakan istilah “walaunta” untuk lelaki dan “walaunti” untuk perempuan.

Contoh ayat:
Kepada lebai, walaunta, walaunti, tak payahlah nak berlagak pejuang Islam dgn ketayap dan serban yg hampa pakai, tak payahlah mengaku ulama, kalau keutamaan dlm realiti yg ada ini pun hampa tersalah pilih. Hampa bukan berjuang utk daulatkan Islam, tapi hampa berjuang utk kekalkan kerajaan zalim.

2. Panggillah kumpulan dan individu lain dengan panggilan “Woi”

Contoh ayat:
“Woi Pemuda Pas, berhentilah drpd jadi pembekal oksigen kpd Umno. Woi Afnan, apa lagi yg awak mahu? Awak sudah kaya, ayah awak pun sudah kaya, apa lagi yg awak mahu drpd Umno sehingga ke tahap itu sekali sanggup jadi tukang cakap utk Umno?”

3.  Sinis terhadap penyokong RUU355 sebagai “kena kencin” dan “bau haghin”.

Contoh ayat:
“Org pakat dok nampak depa kena kencin, bila depa lalu bau haghin, depa kata, dak aih tak kena kencin pun. Tak pa la, kalau tak mau ngaku. Tapi org nampak dan dok bau haghin. Mula2 kena kencin di pdg burung dgn Jamil, siap Najib kirim salam lagi. Lepas tu kena kencin dgn Zahid pulak, siap janji nak bagi. Sebelum tu kena kencin dgn Azalina, siap letak dlm aturan mesyuarat. ..“

4.  Gunakan istilah “pengetahuan setaraf kentut”.

Contoh ayat:
Kepada lebai mangkuk yg pengetahuannya setaraf kentut, tak perlulah cuba utk tunjuk wara' dan bagus jika lebai belum berada pada tahap sepatutnya. Serahkan urusan ilmu kpd ahlinya.”

5. Gunakan istilah “bodoh sombong” dan “bodoh nak mampus” pada pihak yang tidak sehaluan.

Contoh ayat:
“Hakikatnya Pan-MIP bohong rakyat, kononnya nak lawan Umno tapi bagi oksigen kpd Umno, itu bukan bodoh sombong, tapi bodoh nak mampus.”

6. Bagi mereka yang dirasakan layak dimaki, maka dimakikan sahaja. Ini berdasarkan kata-kata ‘hikmah’ dari ‘ustaz’ mereka yang berbunyi;

 Eh aku maki org ke? Woi, kalau org tu layak dimaki, maki saja. Sama seperti, kalau org tu layak dibunuh, dia boleh dibunuh. Kalau sudah ternyata Pan-MIP memang bodoh sombong, sebut sajalah bodoh sombong.”

…………………

Cukup dulu setakat ini saya salinkan contoh-contoh ‘kalimah mulia’…

Apa yang ada ini pun tak mampu (baca: tak tergamak) untuk diamalkan…. Jika hendak dibandingkan dengan istilah “jahanam PAN”, insaflah saya bahawa perkataan pimpinan mereka jauh lebih ‘lunak’.

Buat pengetahuan pembaca, contoh ayat-ayat di atas adalah ayat sebenar yang saya petik dari Facebook  seorang ‘ustaz’ kalangan pimpinan Parti Amanah Negara. Ayat-ayat itu pernah singgah di newsfeed Facebook saya. Saya hanya skrol semula ‘kata-kata azimat’ itu.  Itu pun saya skrol setakat larat sahaja. Dan itu pun baru seorang yang saya sempat  petik. Entah berapa banyak lagi ‘mutiara kata’ dari pimpinan Parti Amanah Negara yang tidak sempat disalin dan dikongsikan di sini.

Apapun, ada satu lagi didikan 'akhlak mulia' yang paling ‘win’ yang kita ahli PAS patut belajar.  Akhlak itu ditunjukkan sendiri oleh Presiden parti mereka yang baik hati.

Iaitu,

Di hujung ceramah, mengamuklah dengan berkata “cis!”. Kemudian balinglah mikrofon untuk kesan yang lebih dramatik dan ‘menginsafkan’.

(Sungguh, saya tidak dapat bayangkan apa akan jadi pada dunia yang fana ini jika Presiden PAS yang berbuat begitu.)

Adakah ini penulisan sarkastik?

Saya hanya mengajak kita untuk berlaku adil ketika membuat perbandingan. Setiap ahli dalam sesuatu kumpulan ada baik dan buruk. Apabila keburukan A dibandingkan dengan kebaikan B, itu namanya tidak adil.

Wallahualam.

(Sekadar gambar hiasan)

Basri DK
basridk.blogspot.my
29 April 2017
3 Syaaban 1438

No comments:

Post a Comment