(Sumber gambar: http://www.1media.my/2017/04/2-khabar-gembira-dari-parlimen.html)
Anda
lihat apa yang anda mahu lihat. Orang putih kata, “You see what you want to see”.
Seringkali
sesuatu kejadian itu bersifat ‘neutral’.
Positif tidak, negatif pun tidak. Baik tidak, buruk pun tidak. Bagaimana kita
melihat dan memberi reaksi itulah yang menentukan baik atau buruk, positif atau
negatif.
Dalam
isu RUU355, ada pihak mengatakan “ini
mainan politik UMNO”. Mereka menambah, “PAS
sudah kena game dengan UMNO”. Lebih buruk lagi mereka berkata, “TGHA dan pimpinan PAS sudah termakan dedak UMNO
hingga sanggup tipu ahli-ahli PAS yang jumud dan kolot”. Mereka ‘memilih’
untuk melihatnya dari sudut negatif. Maka, reaksi mereka negatif.
Sudah
berbuih mulut pemimpin PAS memberi penerangan melihat isu ini dari perspektif positif. Tetapi
nampaknya usaha itu “ibarat mencurah air ke daun keladi.”
Ada
di kalangan mereka yang berkata, “Berapa
kali nak bagitau kat hangpa, PAS kena main dengan UMNO. UMNO hanya hendak
pecahkan Pakatan Rakyat. Awat susah sangat hendak faham?”
Begitulah....
Sebagaimana
kita pelik melihat perangai mereka yang tidak faham (atau buat-buat tak faham)
dengan penjelasan kita, begitulah mereka juga pelik dengan ‘perangai’ kita yang seperti tidak faham dengan penjelasan mereka.
Sebenarnya
bukan kita tidak faham penjelasan mereka. Mereka pula sebenarnya bukannya tidak
faham penjelasan kita. Tetapi, “you see what you want to see”. Kita memilih
untuk melihat dari sudut positif, maka positiflah reaksinya. Mereka memilih
untuk melihat dari sudut negatif, maka negatiflah reaksinya.
Saya
percaya PAS amat faham yang UMNO itu ‘jahat’. Kerana percaya bahawa UMNO
jahatlah PAS ditubuhkan pada 1955. Jika UMNO baik, ikhlas dan patuh pada agama,
barangkali PAS akan menjadi parti sejarah. TGHA ada menyebut, “memang kerja musuh itu kerjanya menipu,
memang kerja dia, kalau dia tak menipu dia tak jadi musuhla, dia sama dengan kita,
memang begitula, dia menipu, dia jahat, itulah, kalau tak jahat tak jadi UMNO,
kalau tak jahat, kalau tak rasuah, takde politik wang, takde macam-macam, tak
jadi UMNO, kalau dia mahu Islam sungguh, dia sokong kita, jadi begitu, memang,
itu memang kerja dia” (Transkrip penuh boleh dibaca di hujung penulisan
ini.
Sememangnya
kita (PAS) amat faham tentang kejahatan UMNO. Itu tidak perlu dipertikaikan lagi. Tetapi, dalam
masa yang sama, ada perspektif lain yang perlu diambil kira.
Saya
percaya bahawa bukannya mereka tidak tahu bahawa Akta 355 ini jika berjaya
dipinda, antara kesannya adalah bakal membolehkan pesalah arak dikenakan sebat
100 kali selari dengan kehendak syarak. Bukannya mereka tidak tahu RUU355 ini
adalah sebahagian usaha memperkasakan mahkamah syariah. Bukannya mereka tidak
tahu tugas seorang muslim adalah menjalankan tanggungjawab agama sesuai dengan
kapasiti yang ada. Samada berjaya atau
tidak, itu urusan Allah. Akhirat nanti, Allah tak tanya apa hasil kita, tetapi
Allah tanya apa usaha kita. Bukannya mereka tidak tahu semua itu.
PAS
bukan parti pemerintah. TGHA bukannya perdana menteri Malaysia. Kapasiti beliau
sebagai ahli Parlimen adalah setakat membawa bil persendirian. Itu kapasiti
maksima yang beliau mampu lakukan. Jika
UMNO hendak ambil alih dengan membawa isu ini dari awal, “kecil tapak tangan
nyiru TGHA tadahkan”. Asasnya, samada UMNO (kerajaan) hendak terima atau tidak,
itu urusan antara pemimpin UMNO terbabit dengan Allah S.W.T. Jika UMNO hendak
menipu, maka jawablah depan Allah S.W.T di akhirat nanti. Jika benar TGHA juga tidak
ikhlas serta sebahagian dari “perancang tipudaya”, beliau juga jawablah di
akhirat nanti. Kita percaya Allah akan membalas segala tipudaya mereka. Jika
tidak di dunia, di akhirat nanti. Ini asas iman.
Tugas
ahli parlimen lain (terutamanya yang
Islam) adalah memastikan RUU355 ini dapat diluluskan. Jika ada masalah
teknikal, bahas dan baikilah agar ia dapat diluluskan. Bukannya memandang sinis
pula terhadap pihak yang memperjuangkannya. Tugas kita sebagai rakyat biasa adalah menzahirkan sokongan terhadap pindan akta 355 ini untuk 'membantu' ahli
parlimen kita yang bersikap opurtunis, agar sedar akan kesan undi yang mereka bakal
terima dalam pilihanraya akan datang.
Saya
hanya buat kerja saya sesuai dengan kapasiti saya sebagai rakyat Malaysia
beragama Islam. Begitu juga sepatutnya anda dan kita semua. Memang kita tidak suka ditipu, namun urusan
itu kita serahkan kepada Allah S.W.T.
Rakan-rakan
saya yang memandang negatif isu ini bukannya tidak tahu penjelasan itu semua.
Tetapi, malangnya mereka “melihat apa yang mereka mahu lihat”.
Jika mahu melihat dari aspek “kena tipu”
semata-mata….
Adakah
memang mereka ini berpemikiran selapis? Iaitu mereka hanya tahu melihat sesuatu
perkara dari perspektif “kena tipu” semata-mata? Adakah mereka tidak mampu lagi
melihat dari perspektif lain?
Saya
tidak fikir begitu. (Bahkan, saya percaya mereka cukup ‘bijak’ untuk melihat
lebih jauh dari itu. Malah mereka juga menyangka bahawa merekalah yang ‘bijak’
membaca tipudaya musuh, bersifat progresif, gerakan Islam generasi kedua dan
sebagainya)
Perhatikan….
Mereka
berhujah, “UMNO sedang terdesak dengan
kemaraan PR. Antara caranya adalah dengan memainkan sentimen agama. RUU355
adalah antara umpannya. Prioriti tertinggi sekarang ini adalah jatuhkan UMNO
yang rasuah dan salahgunakuasa. Apabila Presiden PAS membawa RUU355 ini ke
parlimen, DAP telah menentangnya. Akibatnya PR berpecah. Ini bermakna PAS sudah
termakan umpan UMNO.”
Itulah antara pandangan mereka yang selalu
diulang-ulang dari dulu.
Baiklah.....
Atas tujuan diskusi (for the sake of argument), mari
kita bersetuju dulu dalam hal ini. Mari kita bincang dari perspektif yang sama
dengan mereka iaitu perspektif “tipudaya” semata-mata. Ketepikan dulu perspektif “RUU355 adalah
sebahagian tanggungjawab kita sebagai umat Islam” sebagaimana yang sering
diterangkan oleh para ustaz dari dalam dan luar PAS.
Atas
tujuan diskusi, mari kita bersetuju bahawa PAS telah termakan umpan UMNO.
Jika
begitu keadaannya, kita terpaksa akui DAP juga sudah termakan umpan UMNO. Ini
kerana DAP telah menentang PAS sehingga sanggup mengisytiharkan pembubaran
PR. Malah, DAP yang terlebih dahulu tinggalkan
(pecahkan) PR. Sekiranya DAP lebih mengutamakan menjatuhkan UMNO berbanding melawan
RUU355, serta mementingkan kesepaduan PR, sepatutnya DAP ‘bersabar’ dengan ‘karenah’ PAS sebagaimana
PAS juga turut bersabar dengan ‘karenah’ DAP dengan tidak meninggalkan PR.
Perhatikanlah
istilah “berpecah” itu sendiri. Bila dikatakan “berpecah”, maka ia akan
melibatkan sekurang-kurangnya 2 komponen. Sebiji gelas tidak dikatakan “pecah”
jika ia masih dalam satu komponen. Perpecahan PR
tidak boleh berlaku jika melibatkan satu komponen sahaja. Sekurang-kurangnya
perlu ada 2 komponen, iaitulah PAS dan DAP. Dalam hal ini, bukan sahaja PAS
yang menyebabkan PR berpecah. Tetapi , reaksi balas DAP juga menyebabkan PR
berpecah.
Jika
kita lihat dari perspektif “tipu-daya”,
atas tujuan diskusi (for the sake of argument), maka jelas sekali ada 2
pihak yang tertipu;
1. PAS
tertipu kerana lebih utamakan perjuangan RUU355 berbanding menjatuhkan UMNO dan
BN.
2. DAP
juga tertipu kerana lebih utamakan “melawan RUU355” berbanding menjatuhkan UMNO
dan BN.
Maaf
cakap….. pada pandangan saya ada lagi satu pihak yang “lebih teruk kena tipu”.
Itulah Parti Amanah Negara. Mereka tergamak meninggalkan PAS yang dikatakan
sudah tertipu dengan UMNO, dan kini bersahabat pula dengan DAP yang juga kena
tipu dengan UMNO. Apa yang menyedihkan, mereka menyangka merekalah generasi
ke-2 gerakan Islam yang bijak membaca
tipudaya musuh, progresif , serta bersifat waqie'.…. Aduuuhaiiii…..
Mereka
salahkan PAS kerana lebih mengutamakan RUU355 berbanding masalah penyelewengan,
salah guna kuasa dan rasuah oleh UMNO dan BN. Dalam masa yang sama, tidak pula lantang menyalahkan
DAP kerana lebih mengutamakan “lawan RUU355” hingga sanggup membubarkan PR. Terhadap PAS, mereka kata "PAS kena tipu", terhadap DAP, 'bijak' pula mereka memberi jawapan dari perspektif lain....
……………………..
Izinkan
saya memberi contoh lain tetapi masih dalam perspektif “kena tipu” …
Lihatlah
apa yang berlaku dalam “kempen SaveMalaysia” yang dipimpin oleh Tun Dr.
Mahathir (Tun M). Lihatlah bagaimana parti pimpinan Haji Mohamad Sabu boleh berada
dalam satu pakatan dengan Tun M. Kononnya atas dasar “saveMalaysia”. Saya
percaya ahli parti pimpinan Haji Mohamad Sabu amat kenal dengan Tun M ini. Saya
percaya yang mereka cukup bijak untuk sedar tujuan Tun Mahathir menyertai “saveMalaysia”
bukanlah ikhlas untuk “saveMalaysia”. Tun M menggunakan Pakatan Harapan sebagai Plan B untuk ‘membetulkan’ UMNO dari
luar. Sebelum ini Plan A Tun M sudah gagal. (iaitu ‘membetulkan’ UMNO dari
dalam sebagaimana beliau ‘membetul’kan UMNO dengan menurunkan Pak Lah selaku
Perdana Menteri sebelum ini).
Mereka
sedar akan kelicikan Tun M. Mereka sedar
bahawa salah guna kuasa, penipuan pilihanraya, akta ISA yang zalim, campur
tangan dalam keputusan mahkamah (masih ingat isu “korek, korek, korek”?) semuanya
berlaku semasa zaman Tun M.
Begitu
jelas sekali yang mereka amat sedar bahawa Tun M sedang memperalatkan mereka. Tetapi,
kenapa mereka memilih untuk bersama Tun M dalam Pakatan Harapan? Bukankah ini menunjukkan mereka sudah termakan
umpan PPBM? Bukankah ini satu sandiwara
politik?
Jika
kita bertanya soalan-soalan ini, dengan bijaksananya mereka akan menjawab, “Itu
soal lain. Ada perspektif lain yang kami lihat. Kami melihatnya dari sudut …. Sekian….
Sekian… ”.
Lihatlah…
‘bijak’ pula mereka memilih untuk melihat dari perspektif lain.
Lihatlah
dalam isu RUU164 pula. Pindaan akta 164
ini dibawa oleh kerajaan (UMNO), disokong oleh DAP dan ditentang oleh PAS. Nampaknya DAP sudah sepakat dengan UMNO dalam
hal ini. Setakat ini tidak terdengar pula mereka berkata “DAP sudah kena tipu dengan UMNO”, atau “ini
UG” dan sebagainya.
Kenapa
mendiamkan diri dalam isu RUU164 ini? Kenapa mereka tidak lantang sebagaimana
lantangnya mereka mengkritik PAS dalam isu RUU355?
Saya
percaya mereka ‘bijak’ melihatnya dari perspektif lain.
........
Banyak lagi contoh lain yang menunjukkan ada masanya kita perlu melihat perspektif lain dari perspektif "tipu-daya". Namun, saya kira contoh-contoh di atas sudah memadai sebagai bahan muhasabah untuk mereka yang 'bijak' ini.
Asasnya…
Asasnya
bermula dengan “you see what you want to see”. Kita yang pilih apa yang kita
mahu lihat. Dari situlah kita menentukan reaksi. Jika RUU355 ini mahu dilihat
dari sudut positif, maka positiflah ia. Jika mahu dilihat dari perspektif
negatif, maka negatiflah ia.
Pilihan
di tangan kita. Tepuk dada tanyalah iman.
Basri
DK
6
April 2017
10
Rejab 1438
…………………….
Lampiran:
KENAPA
PERJUANGAN ISLAM SUKAR UNTUK MENANG?
Taujihad
TG Haji Abdul Hadi
Kemudian
satu perkara yang penting kita kena sedar, perjuangan Islam ini satu perjuangan
yang tuhan jadikan payah, tuhan jadikan payah, tuhan tak jadikan mudah, sengaja
tuhan buat begitu, oleh kerana itulah payah nak menang, kadang-kadang dipukul,
menerima ujian yang bermacam-macam, bila timbul persoalan ini, orang tanya,
kalau Islam ini betul, mengapa dipukul,
dibelasah, kemudian menurun, kalah pilihanraya, tapi perjuangan tak kalah,
pilihanraya je kalah, perjuangan tak kalah, di Uhud nabi kita sendiri berlumuran
dengan darah, giginya patah, padahal Allah maha berkuasa untuk mengebalkan
jasad Nabi SAW, sahabat-sahabatnya 70 orang gugur, Saidina Hamzah juga gugur, ada yang ditawan
oleh musuh, dalam peperangan Hunain, mereka dikepung oleh musuh, ada yang lari
bertempiaran, segelintir sahaja yang tetap, mengapa jadi macam tu? Tidakkah
perjuangan Islam ini perjuangan Allah taala? Tidakkah Allah berfirman:-
(Surah
Yassin ayat 82)
Sesungguhnya
urusan Allah, bila dia menghendaki sesuatu, dia berfirman jadi terus jadi,
sekelip mata, bila tuhan nak sesuatu itu dicipta, tuhan berfirman
"Kun" jadi, jadi dalam sekelip mata, mengapa tuhan izinkan orang yang
berjuang untuk menegakkan yang hak dipenjara, dizalimi, dianiaya, dibunuh,
dibuang negeri, di ISA, macam-macam, mengapa tuhan izin hal-hal yang seperti
ini? Soalan ini bukan sahaja soalan orang sekarang, bahkan soalan mereka yang
hidup dikalangan generasi awal, bersama dengan Nabi SAW, tuhan sebut dalam
quran,
(Surah Al-Imran ayat 165-167)
Manakala
kamu ditimpa oleh musibat, musibat dibelasah didalam peperangan uhud, nabi luka
patah gigi, kita tak luka, kalah pilihanraya je, rasalah lemah sikit, segan nak
keluar itu sahaja, ini berlumuran dengan darah, patah gigi, bila ditimpa
musibat, padahal mereka pernah diberi sedikit kemenangan sebelum itu, mereka
meningkat dalam masa Perang Badar, dengan jumlah yang sedikit, boleh menang
tuhan beri masa lemah, masa dalam keadaan lemah, boleh mencapai kejayaan, bila
dalam keadaan yang lebih kuat, tiba-tiba gagal membendung kemaraan musuh, macam
mana boleh jadi begitu?
Kamu
bertanya mengapa jadi begini,
Tuhan
berfirman kepada nabi SAW, katakan kepada mereka,
Dari
diri kamu sendiri,
Yang
pertama, kamu kena check diri kamu sendiri, dimana kelemahan kamu sendiri,
punca kelemahan kamu mesti ada, maka berlakunya hal itu, memang kerja musuh itu
kerjanya menipu, memang kerja dia, kalau dia tak menipu dia tak jadi musuhla,
dia sama dengan kita, memang begitula, dia menipu, dia jahat, itulah, kalau tak
jahat tak jadi UMNO, kalau tak jahat, kalau tak rasuah, takde politik wang,
takde macam-macam, tak jadi UMNO, kalau dia mahu Islam sungguh, dia sokong
kita, jadi begitu, memang, itu memang kerja dia, bila berlaku hal yang seperti
ini, pasal dia tipu, pasal dia macam-macam dia guna, itu memang hal dia, tapi
tuhan kata, kamu kena check diri kamu sendiri,
Banyak
mana kamu beri derma pada perjuangan?
Banyak
mana kamu beri sumbangan tenaga fikiran?
Banyak
mana ikhlas kamu?
Banyak
mana kejujuran kamu?
kamu
kena kaji,
Apa
taktik kamu?
Apa
strategi kamu?
Sesungguhnya
Allah Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu, Allah taala boleh bagi menang
dalam sekelip mata, walaupun musuh yang berlipat kali ganda lebih kuat daripada
kamu, tuhan boleh bagi menang, tapi mesti kamu sempurnakan diri kamu dulu
Apa
yang menimpa kamu, pada hari Uhud itu dengan izin Allah, apa yang berlaku Nabi
Muhammad patah gigi, luka, berlumuran dengan darah, itu dengan izin Allah,
tuhan nak buat begitu.
Supaya
Allah memaklumkan dalam ilmunya dengan nyata, orang yang benar-benar beriman
Dan
supaya Allah menyatakan dalam ilmunya dengan nyata orang yang munafiq.
Tuhan
nak tapis, tuhan buat begitu, tuhan nak tapis, dalam ayat yang lain tuhan
mengatakan,
(Surah
Al Imran ayat 137-140)
Surah
Al-Imran, semua ayat ini Surah Al-Imran, saudara balik, baca terjemahan Surah
Al-Imran, jumpa dengan ayat-ayat macam ini, tuhan kata, telah berlalu umat-umat
yang dulu daripada kamu, jangan sedih, baca sejarah, jalanlah diatas muka bumi,
lihat akibat yang menimpa orang-orang yang membohongi ajaran Allah, kaum yang
lebih hebat,
Kaum Ad, rumah, bangunan mereka, bertiangkan
balak yang dipahat daripada batu, bukan balak kayu, balak batu, diruntuhkan
oleh Allah taala,
Kaum
Firaun, dia punya Piramid macam bukit, batu-batu yang disusun, satu-satu batu
dia sebesar lori, hebat dia punya kubur, dibinasakan oleh tuhan,
Kaum
Tsamud, mereka mendirikan bangunan, dengan bukit yang dipahat, bukan dengan
habuk, serbuk simin, besi yang kecil dicantum, ini bukit yang dipahat dijadikan
bangunan, mereka dihancurkan oleh Allah, lihat mereka semua.
Ini
kenyataan daripada Allah dan pengajaran kepada orang yang beriman, jangan kamu
berasa hina, jangan kamu berasa sedih, kamu adalah paling tinggi jika kamu
adalah orang yang beriman, jika kamu mendapat luka, musuh juga luka, sekarang
ini jika kamu mendapat letih, lawan juga letih, kita jaga malam, dia jaga
malam, kita letih bekerja, dia letih bekerja, tapi disana ada kelebihan kita,
iaitulah
Kamu
adalah paling tinggi, kerana kamu tegak dengan Islam, tegak dengan Islam, tegak
dengan ajaran Allah, ini kebanggaan kita, yang kita letak, jangan kita lupa ini
semua, bila kita tegak diatas, jangan bimbang, akan ada jaminan daripada tuhan,
mesti tegakkan Islam dengan sungguh dengan ikhlas.
Itulah
hari yang silih beganti, tuhan kata tuhan jadikan hari silih berganti, dalam
kehidupan manusia ada pasang surut, macam laut, ada pasang surut, mengapa tuhan
jadikan laut pasang surut? sungai pasang surut? Tuhan jadikan kemarau kemudian
banjir, kemarau, banjir, pasang surut, mengapa tuhan buat begitu? Tujuan Dia,
tuhan nak bersihkan laut, nak bersihkan sungai, nak bersihkan bumi, maka dia
jadikan begitu.
Bila
air pasang, kita melihat semua timbul, bila air pasang, timbul, ikan timbul,
buaya timbul, jerung timbul, balak pun timbul, timbul bila air pasang, kemudian
tuhan surutkan, surut, masa air pasang tu, kepala taik pun timbul, timbul
semua, yang baik, yang buruk habis timbul semua, kemudian tuhan surut, bila
surut ada yang dihancurkan, ada yang masih ada lagi, tuhan pasangkan balik,
pasang balik, surut balik, pasang balik, surut balik, sehingga pasir bersih,
tanah bersih, tuhan mahu supaya kemenangan Islam, satu kemenangan yang bersih,
maka tuhan buat begitu, ini adalah perjalanan tuhan, sejak zaman dulu, bukan
sekarang, zaman dulu dah berlaku, hanya mereka yang boleh sabar, yang boleh
meneruskan perjuangan ini.
Kita
mesti paham, bila sebut perjuangan Islam, kita akan menghadapi bermacam-macam
ujian, dan kita kena yakin, kemenangan Islam dijanjikan oleh Allah, kita diajar
tidak ada kerajaan yang kekal di atas dunia, acapkali saya sebut dalam ceramah
saya disini, yang kekal Allah taala sahaja, kerajaan Nabi Sulaiman tak kekal,
kerajaan Nabi Daud tak kekal, kerajaan Nabi Muhammad pun tak kekal, Nabi wafat,
disambung oleh para sahabat, Nabi tak kekal, kerajaan Nabi Sulaiman tak kekal,
takkanlah Kerajaan UMNO satu je yang kekal dalam dunia ini? Tu tak betul,
fikiran tak betul. Parti Kongress di India, parti apa sahaja, Suharto di
Indonesia, Markos, apa lagi Komunis yang
jadi kuasa besar dunia, Hitler di Jerman, bukan main hebat dia punya kekuasaan,
ada ajal dia, Amerika, ada ajal dia, semua ada ajal, tiba-tiba dalam kepala kita,
UMNO ni sampai kiamat, ini tak betul,
ini tak betul, kita kena betulkan sikap dan pendirian kita.
Yang
penting kita mesti Istiqamah, Istiqamah dengan makna tetap di atas jalan yang
betul, dan kita mesti mengikut perancangan yang betul, dan meneruskan
perjalanan perjuangan, sama ada kita mati, kita bertemu dengan Allah, dalam
keadaan kita bersama dalam perjuangan ini, ataupun kita sempat melihat kemengan
itu, masalah melihat kemenangan di atas dunia itu bukan urusan kita, itu urusan
tuhan, yang penting ialah kita mengakhiri hayat dengan perjuangan Islam ini.
Marilah sama-sama, kita mendokong, perjuangan yang mulia, bersama dengan Islam,
kita rebah bangun dengan Islam, tenggelam timbul dengan Islam, hidup mati
dengan Islam, In Shaa Allah kita selamat di dunia, dan selamat di akhirat.
No comments:
Post a Comment