Tujuan hidup kita adalah menghambakan diri kepada Allah. Namun, kita telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya habuan dunia. Kita berlumba mengumpul harta benda, kita berlumba merebut pangkat, kita berlumba menjadi pelajar paling baik keputusan peperiksaan, kita berlumba mendapat pengaruh, kita berlumba berebut kuasa.
Semua perkara itu asalnya tidak salah. Tetapi yang salah ialah LALAI.
Kelalaian ini
berlarutan hinggalah kita masuk ke kubur.
Nauzubillah.
Janganlah kita
bersikap begitu. Kita akan benar-benar mengetahui akibatnya semasa hendak mati
nanti.
Sekali lagi
diingatkan, janganlah bersikap begitu. Kita akan benar-benar mengetahui akibatnya
di akhirat nanti.
Orang yang
derhaka akan benar-benar melihat neraka yang marak menjulang,
Mereka akan dapat
melihat dengan mata sendiri dengan penglihatan yang amat meyakinkan.
Kita juga akan
ditanya tentang segala nikmat yang telah kita nikmati semasa hidup.
Oleh itu,
janganlah biarkan hidup kita dilalaikan dengan urusan dunia yang
sementara.
Rujukan: Al-Quran
[102:1-8]
No comments:
Post a Comment