Setelah enam tahun saya berada di Jepun, saya
tidak dapat elak perasaan cinta pada negara matahari terbit itu. Universiti tempat saya menuntut ilmu di
sana seolah-olah sudah menjadi kampung kedua saya. Perasaan rindu untuk ‘pulang’
ke sana sentiasa ada.
Apabila membaca berita Jepun berjaya melangkah ke
perlawanan akhir bertemu Malaysia dalam perlawanan Piala Thomas baru-baru ini,
saya cukup teruja. Walaupun saya tidak minat mengikuti perkembangan sukan, saya
teruja kerana kedua-dua pasukan adalah dari negara yang saya sayang. Rakan-rakan Jepun saya dulu begitu kagum dan ‘cemburu’
dengan kehebatan Malaysia dalam bidang badminton ini. Waktu itu (awal tahun
2000), Jepun jauh ketinggalan. Apabila berbual mengenai sukan lain seperti bola,
tenis, acara balapan, saya sering kena ‘kutuk’ dengan rakan-rakan Jepun. HANYA badminton satu-satunya modal saya untuk membuat
‘serangan balas'.
Akhirnya negara pengeluar raket jenama YONEX itu
menang. Walaupun sedih Malaysia kalah, tapi saya tetap gembira melihat Jepun
menang. Saya teringat kembali rakan-rakan
lama saya di Jepun dulu. Kalau kami masih bersama, tentu saya sudah kena ‘kutuk
kaw-kaw’ dengan mereka.
(Tidak kira siapa yang
lawan, YONEX juga yang menang. Sumber gambar: [1])
Lebih teruja
Namun, saya lebih teruja apabila terbaca berita tentang saudara Izuan
Ibrahim, iaitu salah seorang jurulatih import dari Malaysia untuk pasukan Jepun. Rupanya Jepun berjaya dalam “knowledge/skill
transfer” di bidang badminton. Ini
mengingatkan saya tentang ‘kegagalan’ Malaysia dalam “technology transfer” bawah dasar pandang ke timur. Hal ini pernah
jadi perdebatan hangat di kalangan kami
sebagai produk dasar pandang ke timur. Bila bersembang dengan rakan-rakan ‘sedasar’
ini, saya selalu sebut tentang masalah technology
transfer ini. Sepatutnya Malaysia import profesor-profesor hebat di Jepun
(malah negara-negara lain juga) untuk
buat research di Malaysia. Barulah
teknologi itu dapat berpindah. Tapi, saya yakin kerajaan telah berusaha, banyak
aspek telah dikaji dan banyak maklumat yang saya tidak tahu. Jadi, saya tidak patut komen lebih-lebih. Cukup untuk dibawa dalam perbincangan tahap ‘kedai
kopi’. Apapun, nampaknya Jepun telah menggunakan kaedah ini dalam
bidang badminton.
Dari Teruja kepada Duka
Dengan perasaan teruja, saya ingin lebih mengenali saudara Izuan Ibrahim,
jurulatih pasukan Jepun yang diimport dari Malaysia. Saya mula ‘menyelongkar’
facebook beliau sendiri. Namun, setakat yang saya temui cukup menyedihkan saya.
Berikut saya copy-paste antara komentar beliau;
“Bodek,ampu,berkira itu blh dikatakn
byk terjadi di malaysia.klu kita sentiasa melihat pd perkara itu nescaya kita
Akan berasa bosan.tp klu kte sntiasa bertanya pd dri,"ape aku dh buat utk
bdmtn daerah,negeri mahu pn negara?”
“Mudah maksudnya,kte plu ambil
tahu mslh y blaku.namun jgn pula kte mudah bersuara namun tiada apa y
dilakukan.kurngkan berckp,dn kte usaha dgn daya y kte ada,blaja dr pelbagai
sumber Demi badminton negara.insyaAllah maju badminton negara kita.”
“Pembangunan produk kte x blh menunggu
korupsi berubah dn sbgnya.kte Ada hak utk x setuju bang.tp jgn kte abaikn tngjawab
kte dek kerana korupsi y blaku.klu kte asyik dgn "klu ngko buat baik,br
aku wat baik" itu dh xselari dgn anjuran agama kte sndri.insyaAllah kte
sama2 melawan korupsi dgn ketelusan.biar kite y minoriti mulakan dlu.agar 1 hr
nnti kte akn menjd majoriti.”
Saya tak heran kalau orang 'biasa' yang
komen sebegini. Tapi ini keluar dari orang yang terlibat dalam bidang itu sendiri. Gambar print screen
dari facebook beliau: [2])
Saya amat kagum dengan sikap positif beliau.
Namun, dari kata-kata beliau juga menunjukkan ada masalah korupsi sedang
melanda. Barangkali ini yang menyebabkan beliau (dan mungkin ramai lagi yang
lain) tidak dapat bersinar di negara sendiri? Hal ini mengingatkan saya kembali
tentang masalah penghijrahan ‘bakat’ yang terdiri daripada golongan profesional
keluar negara. Utusan Malaysia ada mengeluarkan berita bahawa hampir sejuta
bakat tempatan berhijrah ke luar negara degan separuh darinya adalah
profesional [3]. Ia memberi kesan negatif kepada ekonomi negara. Hasil pelaburan
kerajaan dalam bidang pendidikan dituai oleh negara lain. Nampaknya bidang
sukan badminton juga menghadapi masalah yang sama.
Bagi mereka yang sudah 'biasa', ini bukan isu baru. Dan, saya memang tidak minat sukan. Tapi saya sayangkan
Malaysia.
********
********
Kemaskini (30 Mei): Selepas beberapa hari artikel ini ditulis, barulah saya tahu bahawa saudara Izuan Ibrahim adalah jurulatih National Junior pada tahun 2011-2012 yang mana pada waktu itu Momota (pemain kebangsaan Jepun sekarang) berada di bawah latihan beliau. Penjelasan ini dibuat oleh saudara Izuan Ibrahim sendiri dalam facebook beliau;
Walaubagaimana pun, beliau tetap layak mendapat penghargaan dari rakyat Malaysia dan sikap positif, berterus terang dan merendah beliau wajar dipuji.
Rujukan
3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
No comments:
Post a Comment