“Dosaku terlalu banyak. Layakkah aku diampuni?”
“Setiap kali aku bertaubat, setiap kali itu juga aku kembali melakukan dosa yang sama. Aku sudah tidak tahan!”
“Barangkali dosa ini hukuman dan siksaan Tuhan kepadaku...”
Kata-kata di atas adalah tanda tersiksanya jiwa hamba yang melakukan dosa. Jika ianya berterusan dan tidak nampak jalan keluar, dibimbangi akan membawa putus asa. Maka, dari saat inilah seorang hamba perlu menukar paradigmanya terhadap dosa agar ia boleh berubah menjadi harapan dan memotivasikan dirinya untuk terus berubah.
Saat itu, anggaplah dosa-dosa sebagai UJIAN dari Allah, juga sebagai TARBIYAH. Bukan semata-mata kerana hukuman Allah. Juga, TERIMA TAKDIR yg menjadikan diri seorang pengamal dosa. Terima seadanya diri ini. Terima takdir yg menentukan diri buat maksiat, sebagai mana diri terima takdir membuat kebaikan.
Jika seorang hamba benar-benar mahu mencapai redha Allah, inilah ujiannya atau tarbiyah yang mesti dilalui. Ingatlah, kalau bukan kerana redha yang dicari, pengalaman yang dilalui tidak sepahit ini. Redha Allah itu besar. Ganjarannya hebat. Jadi, pasti penderitaan pun hebat juga. Pasti halangannya dasyat juga. Dan pasti penyelesaiannya bukan mudah!!
Buat hamba yang melakukan dosa tetapi tetap mencari redha Allah, dirimu memilih untuk mencari redha Allah. Maka, bersyukurlah kerana dapat membuat pilihan ini.
Jika engkau menganggap ia ujian, serta tarbiyah dari Allah dan menerima takdir, hasilnya:
1. Engkau tetap bersangka baik terhadap Allah. Allah yg tarbiyah! Adakah ada pentarbiyahan yang lebih baik?
2. Engkau tidak putus asa. Lagi sukar ujian itu, lagi menguatkan keyakinanmu terhadap kebenaran pilihan yang engkau buat, iaitu menuju keredhaanNya.
3. Apa yang engkau alami ini adalah peluang untuk menyuci diri dan meningkatkan martabatmu disisi Allah.
Tapi awas! Jika engkau tidak merasa apa-apa dengan dosa-dosa yang dilakukan, tidak pernah menyesali dosa-dosa, malah bangga dengan dosa-dosa, entri ini bukan untuk anda.
No comments:
Post a Comment