Pagi itu, seperti biasa saya dalam perjalanan menghantar Mus’ab dan Khadijah ke sekolah. Perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa sekitar 20 minit. Bagi saya, masa 20 minit di dalam kereta itu adalah ‘golden time’ untuk anak-anak. Itulah kesempatan yang terbaik untuk ‘berusrah’ dengan mereka. Kalau di rumah, terlalu banyak gangguan yang mengalih tumpuan. Tetapi apabila masuk kereta, mereka sudah ‘terkurung’ bersama kita. Mereka tidak ada pilihan lain selain mendengar celoteh kita.
Setiap hari saya akan memilih apa sahaja topik yang terlintas di kepala yang difikirkan berguna dan menarik minat anak-anak. Saya pernah bercakap antaranya tentang sains seperti kejadian matahari, kegunaan tumbuh-tumbuhan atau berkaitan falsafah seperti tujuan hidup, mengapa Allah jadikan alam dan manusia.
Pagi itu, Mus’ab sendiri yang memulakan bicara, “Ayah, hari ini ayah nak cerita apa?”
Pertanyaan begitu memberi tanda Mus’ab berminat dengan cerita-cerita saya sebelum ini. Dia sekarang darjah dua. Usia sebegini memang seronok untuk di bawa bersembang kerana mereka sudah pandai berfikir.
Saya berkata, “Ayah nak cerita tentang undi. Mus’ab tahu ke undi itu apa?” Kebetulan malam tadi kami menonton video di youtube bertajuk UNDILAH. Jadi, topik itulah yang terlintas di fikiran.
Musab menjawab,”Ustazah pernah suruh undi ketua kelas.” Jawapannya menunjukkan dia faham makna undi, tetapi sukar untuk mendefinisikannya.
Saya berkata, “Undi itu maknanya pilih dengan cara pungutan suara. Tetapi video UNDILAH dalam youtube semalam bukan ajak pilih ketua kelas, tetapi ketua negara. Iaitu orang atau kumpulan yang akan memimpin Malaysia ini”.
Mus’ab hanya terdiam. Entah faham atau tidak, saya tidak tahu. Bagi saya, sekali-sekala perlu juga bercakap ‘level’ tinggi untuk meningkatkan kematangannya.
Saya menyambung bicara, “ Dalam Malaysia ini, ada banyak kumpulan orang yang menawarkan diri untuk memerintah. Kumpulan orang ini dinamakan parti. Ada parti UMNO, ada parti PAS, ada parti DAP, ada parti PPP..”
Sekali lagi Mus’ab terdiam. Tetapi, daripada ‘body language’ nya, jelas dia sedang berfikir. Sebenarnya itulah yang saya mahukan. Faham atau tidak, itu soal kedua. Yang penting, anak-anak kita perlu dilatih untuk berfikir.
Tanpa mempedulikan Mus’ab yang sedang berfikir, saya mengasak lagi, “Semasa hari mengundi, kita boleh pilih parti mana yang kita mahu untuk pimpin negara kita. Kalau Mus’ab, nak undi parti mana?”
Sengaja saya tanya soalan sedemikian untuk menguji tahap kefahamannya. Kadang-kala ibu bapa ‘underestimate’ tahap kematangan anak-anak sendiri. Mereka tidak akan berbincang hal-hal yang ber’level’ tinggi dengan anak-anak. Kesannya, anak itu sendiri lambat matang seperti dijangka ibu-bapa.
Mus’ab menjawab, “ Mmm... saya nak undi Parti Harijadi..”
Sekarang, saya cuma perlu turunkan sedikit ‘level’
hehehe.. nice
ReplyDelete