Dalam pengurusan strategik, sesuatu organisasi yang terurus dan berstrategi mesti memiliki visi. Visi disampaikan dalam bentuk penyataan yang menjawab mengapa sesuatu organisasi itu wujud. Oleh itu, visi hidup bermakna pernyataan yang menjawab persoalan mengapa saya perlu wujud.
Apa pula visi hidup saya? Untuk mencari jawapannya, saya tidak boleh berdasarkan kemahuan diri sendiri semata-mata. Bagi saya, pihak yang paling berautoriti untuk menjawab persoalan ini ialah pihak yang menghidupkan saya, iaitu Allah. Ini adalah amat logik. Pencipta lebih berhak menetapkan tujuan ia mencipta sesuatu. Adalah amat mustahil Tuhan Yang Maha Bijaksana mencipta saya dan alam ini tanpa tujuan. Hanya orang tidak siuman sahaja yang mencipta sesuatu tanpa tujuan.
Alhamdulillah, Allah yang Maha Penyayang telah menurunkan jawapannya di dalam Al-Quran;
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
(QS az-Zariyat: ayat 56)
Saya adalah hamba abdi kepada Allah
Sebagai hamba, saya tiada apa-apa hak walaupun ke atas diri saya, kerana diri saya sendiri adalah milik Allah. Apa sahaja yang Allah beri, saya perlu terima samada ianya saya suka atau tidak. Malah, kemahuan saya atau perasaan saya tidaklah penting. Yang penting ialah kemahuan Allah ke atas saya.
Saya tidak layak untuk mempersoalkan apa sahaja yang Allah berikan kepada saya samada kesenangan atau musibah. Semua nikmat yang Allah beri berupa bentuk badan yang baik, keindahan hidup di dunia, harta kekayaan, pangkat dan kemahsyuran, isteri, anak-anak semuanya adalah milik Allah. Justeru, Allah berhak mengambilnya kembali tanpa persetujuan dari saya atau samada saya suka atau tidak. Saya lahir dalam keadaan tidak memiliki apa-apa dan akan mati juga dalam keadaan tidak memiliki apa-apa.
Saya perlu menerima atau redha denga segala ketentuan Tuhan terhadap diri ini. Saya perlu redha dengan sakit sebagaimana saya redha dengan sihat. Saya perlu redha dengan kemiskinan sebagaimana saya redha dengan kekayaan. Saya perlu redha dengan musibah sebagaimana saya redha dengan kesenangan dan kegembiraan. Saya perlu menerima siapa diri ini, asal usul saya, jantina saya, ibu bapa saya, kerana ini semua sudah ditentukan oleh Allah sejak saya dilahirkan.

Saya juga perlu melaksanakan segala yang diperintahkan dan segala yang dilarang oleh tuan besar saya iaitu Allah. Tidak kira samada perintah atau larangan itu saya suka atau benci, rasa ringan atau berat. Namun, atas kebaikan Allah jugalah Allah telah menyatakan;
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kadar kesanggupannya (Al-baqarah:286)
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kadar kesanggupannya (Al-baqarah:286)
Saya tidak berhak mempersoalkan segala perintah atau larangan itu samada ianya sesuai atau tidak. Kalau bertanya sekali pun, bukanlah mempersoal, tetapi sekadar untuk mengetahui hikmah. Namun, samada berjumpa atau tidak hikmah itu, saya tetap perlu laksanakan dengan sepenuh hati.
Sebagai hamba, kemahuan atau cita-cita saya tidak penting, perintah Allah ke atas saya lah yang perlu saya perhatikan. Namun, jika untuk memenuhi kemahuan Allah ke atas saya itu, saya perlu bercita-cita, maka saya akan meletakkan cita-cita. Cita-cita itu mestilah selari dengan perintah dan larangan Allah.
Tugas sebagai hamba adalah 24 jam sehari semalam, 7 hari seminggu dan seumur hidup. Tidak ada ‘cuti’ sama sekali sebagaimana jantung yang dikurnia Allah ini tidak pernah bercuti sejak dilahirkan hingga ke hari ini.
Sebagai hamba, saya perlu laksanakan segala perintah Allah sepenuh hati.
Namun, saya tetap manusia biasa yang punya
kelemahan. Realitinya masih jauh dari apa yang sepatutnya. Jalan yang lurus ini
sering dipesongkan oleh godaan nafsu dan syaitan. Tiada jalan mudah selain dari
mujahadah.
Saya ialah Khalifah Allah.
“Sesungguhnya Aku ingin jadikan seorang khalifah di muka bumi ini." (Al Baqarah:30)
Khalifah Allah adalah seperti pengurus sebuah syarikat yang dimiliki oleh ‘board of director’. Oleh itu saya perlu berperanan sebagai pengurus dalam syarikat yang dinamakan ‘bumi’ yang dimiliki oleh Allah sebagai ‘board of director’. Sebagai pengurus yang baik, saya perlu memenuhi segala tugasan yang diberikan oleh bos. Saya tidak boleh buat arahan atau pentadbiran sesuka hati. Saya perlu menjalankan tugas berpandukan manual pengurusan yang dinamakan ‘Al-Quran dan Hadith’.
Allah telah menetapkan tugas saya iaitu;
“Mendirikan/ menegakkan agama dan menguruskan dunia dengan agama”
Untuk menjalankan tugas sebagai khalifah, Allah tidak melepaskan tangan membiarkan saya membuat kerja tanpa bantuan. Dari awal lagi, Allah lengkapkan saya dengan ‘tools’ yang diperlukan. Fizikal, Emosi, Akal, Spiritual semuanya diperlukan. Semua ‘tools’ ini juga perlu diselenggarakan dengan baik, perlu ada ‘maintainance’ dan tidak disalahgunakan. Sebarang kerosakan perlu dibaiki segera.
Secara ringkasnya, saya telah membina penyataan visi hidup seperti berikut
“Mencapai redha Allah dengan mengabdikan diri kepadaNya serta menjalankan tugas sebagai Khalifah Allah”.
Saya perlu menyematkan tugasan ini dalam hati dan perlu pastikan tiada satu detik sekali pun dalam hidup ini yang saya cuba lari atau ‘bercuti’ dari menjadi hamba dan khalifahnya.
Untuk mengelakkan diri dari terlupa dan lalai, salah satu kaedah yang berkesan ialah dengan membina penyataan yang menerangkan tugasan sebagai hamba dan khalifah, dan membacanya berulang kali. Alhamdulillah, semuanya itu sudah ada dalam surah Al-Fatihah yang dibaca dalam setiap rakaat solat.
“Kepadamu aku sembah dan kepada-Mu aku memohon pertolongan”.
Selain itu, ia juga terkandung dalam doa iftitah
“Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanya kerana Allah Tuhan sekelian alam”.
Saya hanya perlu menghayatinya setiap kali ia dibaca.
No comments:
Post a Comment