“Kepada sesiapa
yang sudi dan free, aku nak tanya ni.
Soalan simple je. Apa bestnya jadi orang Islam?”
Ini soalan yang
saya ajukan kepada satu kumpulan whatsapp.
Ahli-ahlinya terdiri dari rakan-rakan sama batch
semasa sekolah asrama dulu .Tujuannya sekadar mahu berborak santai tetapi
berfaedah.
Antara jawapan awal yang muncul;
“Tiada kulup. ”
“Boleh poligami.”
Saya ketawa
sendirian membaca jawapan diluar kotak sebegini. Saya tahu mereka sebenarnya ada jawapan yang
lebih baik. Namun beginilah kami. Apabila berkumpul walaupun dalam alam maya, akan terbawa-bawa perangai
semasa zaman ‘nakal’ kami.
Di sebalik jawapan nakal itu, muncul banyak jawapan-jawapan yang lebih matang. Saya
tidak mampu catatkan semuanya. Saya
pilih sebahagian jawapan yang saya rasa selesa untuk huraikan. Mudah-mudahan, dengan
merenung kembali nikmat-nikmat Allah ini, akan timbul rasa kasih dan sayang
pada agama suci ini, lalu segarlah kembali hati yang sering lalai dan lupa.
(Gambar hiasan: Sumber)







