Dalam SIRI 1, saya telah jelaskan tentang tujuan ke Jepun iaitu untuk
dapatkan ijazah dalam masa yang ditetapkan.
Persoalan seterusnya timbul, “ Apa tujuan
dapatkan ijazah?”.
Mungkin kita akan menjawab, “Untuk dapat kerja”.
Jawapan itu juga masih tergantung. Kerana kita masih boleh bertanya, “ Apa
tujuan dapat kerja?”
Mungkin kita akan jawab, “Untuk dapat gaji bagus. Untuk sara keluarga.
Untuk tingkatkan ekonomi negara.. “
Jawapan itu juga masih tergantung, “Apa tujuan kita dapatkan semua itu?”
Dan begitulah seterusnya.... kita masih boleh bertanya apa tujuan kita
dapatkan itu dan ini...
Sehinggalah akhirnya kita akan bertemu kepada soalan yang paling asas iaitu
“Apa tujuan kita hidup di dunia ?”
Itulah tujuan yang lebih asas lagi
daripada “tujuan ke Jepun”. Iaitulah “tujuan
ke dunia”. Atau apa yang sering disebut sebagai “tujuan hidup”
Bagi saya, persoalan tujuan hidup perlu jelas. Jika tidak, persoalan “tujuan
ke Jepun” juga akan jadi tergantung.
Apakah tujuan hidup kita?
( Gambar hiasan: Manusia sentiasa mencari tujuan hidup. Termasuk orang Jepun)