Menempuh kehidupan sebagai muslim di Jepun, memang ada banyak kesukaran.
Semasa belajar di Jepun, saya rasa sukar untuk mengerjakan solat di gakkou
(universiti) kerana tiada surau disediakan. Saya perlu solat di tepi tangga.
Jadual kelas juga kadang-kala tidak mengizinkan saya untuk solat. Saya
perlu curi-curi keluar kelas dengan cara ‘buat-buat’ nak pergi tandas.
Ambil wuduk juga sukar. Terutama di
musim sejuk. Nak ‘cebok’ pun sukar kerana tiada paip air disediakan di tandas.
Makanan halal tidak mudah didapati dan terhad. Setiap kali beli makanan
perlu baca dulu ‘ingrediant’nya. Perlakuan memeriksa ingredients ini terbawa-bawa
hingga saya pulang ke Malaysia.
Surau jauh dari tempat penginapan. Semasa saya di Tsukuba, hanya solat
Isyak dan solat Jumaat sahaja diadakan secara berjamaah.
Pastinya syiar Islam juga tidak kelihatan di Jepun. Tiada laungan azan
apabila masuk waktu. Masjid tidak banyak. Masjid yang ada pun, undang-undang melarang masjid-masjid
ini melaungkan azan dengan kuat.
Namun begitu, sebenarnya banyak kelebihan hidup sebagai Muslim di Jepun.
Sesetengah kelebihan itu saya baru sedar setelah kembali ke tanah air.
Saya kongsikan sedikit sebanyak;