Jika kita buat salah pada orang, mohonlah kepada
Allah agar diberi kekuatan untuk meminta maaf kepadanya.
Mungkin kita rasa ego tercalar, tetapi kita
tidak akan rugi atau jadi hina sedikit pun dengan meminta maaf.
Jika orang buat salah pada kita, mohonlah kepada
Allah agar diberi kekuatan untuk memaafkannya.
Mungkin sikap ego kita akan menghalang untuk
memberi maaf, tapi kita tidak akan bertambah mulia sedikit pun jika enggan
memberi maaf. Jangan sekali-kali
dibazirkan "hard disk" dalam diri kita untuk menyimpan perasan
marah dan dendam.
Meminta maaf dan memberi maaf adalah akhlak
orang beriman. Ia melapangkan dada dan mententeramkan fikiran. Kalau bukan orang beriman, akhlak siapa lagi yang
kita mahu contohi?