“Sensei,saya nak duduk dekat dengan
Fuji-san, sebab gunung tu cantik. Boleh cadangkan universiti yang berdekatan?”
“Sensei, saya nak duduk dekat dengan
bandar Tokyo, nanti mudah saya nak pergi shopping.
Tapi tak nak dalam Tokyo sebab di sana
kos hidup mahal. Boleh cadangkan universiti yang sesuai?”
Begitulah lebih kurang maksud soalan
saya kepada guru kelas G1, Haraguchi-sensei. Dialog ini berlaku kira-kira pada
tahun 1998, iaitu 16 tahun yang lalu. Saya dan rakan-rakan perlu mengisi borang
pilihan daigaku. Kami diberikan senarai
kira-kira 100 univerisiti di Jepun. Maklumat lain kami perlu cari sendiri. Kami
tidak tahu pilihan yang baik bagi kami. Apa kriteria yang perlu kami cari. Pada
waktu itu, penggunaan internet masih belum berkembang seperti sekarang. Tiada
forum atau website yang boleh dirujuk. Sumber rujukan kami pada waktu itu
adalah dari sensei dan senpaitachi yang sekali–sekala datang menjenguk kami di
AAJ. Maklumat terhad. Maka, tidak sedikit juga yang membuat pilihan daigaku
berdasarkan kriteria “senpai kata best”.
Sedangkan apa yang disampaikan oleh senpai itu hanya terhad pada perspektif
mereka.
(Kenangan
nyuugakushiki. Saya memilih Tsukuba-Dai kerana faktor dekat dengan Tokyo. Alahai...
naifnya... Sedangkan banyak lagi kriteria yang baik yang ada pada daigaku itu)