Pages

Monday, 26 September 2011

'Macho' dan 'cool'


Kisah Nabi Musa adalah cerita kegemaran saya selepas Kisah Nabi Yusuf. Terlalu banyak babak yang menarik dalam kisah Musa. 

Antara babak yang menyentuh hati saya ialah babak dimana apabila para ‘professor’ dalam bidang sihir yang dibiayai oleh Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.  Mereka telah mengungkapkan ayat yang sungguh ‘macho’ dan ‘cool’ iaitu,

“ Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, Tuhan Musa dan Harun”.

Lihatlah betapa tingginya tahap profesionalisma para 'professor' ini.

Bagi saya, babak ini memberi kita seribu harapan. Tidak kira bagaimana ‘buruk’ sekalipun kisah silam kita, hatta pengamal sihir sekali pun, peluang untuk kembali kepadaNya tetap terbuka luas.



Juga, tidak kira bidang apa sekali pun yang kita tekuni, tidak kira aktiviti apa sekali pun yang kita lakukan, tidak kira ilmu apa sekali pun yang kita pelajari, tidak kira cita-cita apa sekalipun yang kita kejar, jika semua itu tidak mendorong hati kita untuk mengungkapkan “Aku beriman kepada Tuhan semesta alam” , kita belum cukup 'macho' dan ‘cool’.

No comments:

Post a Comment