Pages

Saturday, 31 December 2011

Mengapa aku harus bergembira?

Usia meningkat
Kubur kian merapat
Saat kematian sudah dekat
Sakaratul maut akan dirasai juga
Ini hakikat.


Tapi aku pelik
Kenapa mereka bergembira bila datang tahun baru?
Bukankah itu tanda bahawa ajal kian mendekat?
Apa yang  digembirakan?
Adakah mereka dikurniakan ilmu makrifat sehingga nampak nasib di akhirat?

Kalaulah aku yakin yang aku telah menjadi semakin baik
Kalaulah aku tahu pahala aku lagi banyak dari dosa
Kalaulah aku tahu yang aku akan terselemat dari neraka dan siksa kubur
Kalaulah aku nampak para bidadari sedang menanti di pintu syurga
Pasti aku bergembira lebih dari mereka

Tapi aku tidak nampak semua itu
Aku  tidak tahu nasibku
Baik atau celaka ketika di hujung usia
Mengapa harus aku bergembira seperti mereka?

No comments:

Post a Comment