(Gambar hiasan)
Seribu tahun yang lalu, Madinah
Peristiwa ini berlaku pada bulan Syaaban tahun 5 Hijrah. Pada hari itu, Shafwan ibnu Mu’athnal tidak mengetahui ada peristiwa besar yang bakal berlaku. Perisitiwa itu bakal dirakamkan di dalam Al-Quran dan dipertuturkan orang selama ribuan tahun akan datang. Beliau bersama rombongan yang diketuai Rasullullah dalam perjalanan pulang dari satu peperangan. Ada yang berjalan kaki dan ada yang menaiki kenderaan unta dan kuda.
Memandangkan ada urusan yang tidak dapat dielakkan, beliau telah ditinggalkan jauh ke belakang di padang pasir yang luas. Semasa cuba mengejar kembali rombongannya, dari kejauhan beliau ternampak seperti lembaga manusia sedang terbaring.
Beliau bertanya kepada diri sendiri, “Siapa pula yang tidur bersendirian di padang pasir yang luas ini?”
Apabila merapati lembaga itu, beliau terkejut dengan apa yang dilihatnya lalu berkata “ Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un, isteri Rasul!”. Rupa-rupanya itu adalah Aisyah, isteri Nabi Muhammad saw.