1. Fiqh Al-Sirah
Buku ini bukan sahaja menceritakan perjalanan sejarah Nabi Muhammad s.a.w, malah membuat analisa dan pengajaran untuk setiap peristiwa yang dipaparkan. Buku ini banyak menjawab salah faham dan serangan orientalis terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Jumlah mukasurat untuk ketiga-tiga jilid ini 739 mukasurat. Walaupun tebal, amat berbaloi dibaca. Amat mengenyangkan roh dan minda.
Selepas membaca buku ini, terasa semakin rindu dan sayu apabila mendengar perkataan;
"Selawat dan salam ke atas Muhammad"
2. Biografi Muhammad bin Abdullah
Buku setebal 481 mukasurat ini disyorkan bagi mereka yang ingin mengenali nabi dalam bahasa yang mudah difahami. Berbeza dengan buku Fiqh Al-Sirah, gaya penceritaan dalam buku ini berbentuk novel yang santai.
Membaca saat-saat kematian baginda dalam buku ini, mampu mengalirkan air mata.
3. Selamat Malam Anakku - Kisah-kisah daripada Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w
Setiap helaian dipenuhi dengan ilustrasi yang berwarna-warni. Sesuai untuk dibacakan kepada kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment