Pages

Monday, 19 March 2012

Nasihat buat penagih dosa



     Jangan berputus asa dari rahmat Allah. 

    Apabila melakukan dosa, pohonlah ampun kepada Allah. Apabila mengulanginya lagi, mintalah ampun lagi dan lagi. Jangan jemu meminta ampun selagi dirimu tidak jemu melakukan dosa. Allah sendiri tidak jemu mendengar rintihanmu. 


Dari hadith;


“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). [1]



    Rasa sedih, kecewa, geram, marah dengan diri sendiri setelah melakukan dosa adalah tanda bahawa hatimu masih hidup. Maka ‘raikan’lah ia. Ia adalah satu nikmat. Syukurilah ia dengan benar-benar memanfaatkannya. Manfaatkanlah ia dengan merintih memohon keampunan kepadaNya. Perhatikan respon secara langsung dari Allah. Kadang-kadang responnya cepat dan kadangkala lambat. Sabarlah menanti. Kelak insyaAllah hatimu akan jadi lapang dan tenteram. Itu tanda rintihan penyesalanmu telah terjawab. 



  Maka berkerjalah wahai hati, teruskan segala tugasanmu yang tertangguh sehingga sampai waktu yang pasti tiba iaitu kematian.

   Janganlah perasaan kecewa, marah, gerammu itu menjadikan kamu jauh dari Allah sedangkan perasaan itu semua adalah jambatan untuk dirimu kembali kepadaNya.

Maka, kembalilah.

Ampunan dan rahmat Allah adalah lebih baik buat dirimu.




[1] http://drmaza.com/home/?p=1301 

No comments:

Post a Comment