"Hidup tanpa tujuan ibarat main bola tanpa gawang gol".
Saya pelik melihat mereka yang terus hidup tanpa memiliki tujuan hidup. Mungkin mereka menyangka hal ini tidak
penting justeru tidak perlu difikirkan sangat. Kalau difikirkan pun, sekadar
‘mental exercise’ atau menjawab soalan peperiksaan sahaja (dalam subjek agama
Islam). Mungkin bagi mereka ini soal falsafah yang terawang-awang, tidak
berpijak di bumi nyata.
“Kalau engkau
memilikinya atau tidak memilikinya, hidup mu tetap begitu juga”. Mungkin begitu
kata mereka.
Mereka hidup
mengikut cara orang lain yang telah ditetapkan oleh masyarakat. Orang bersekolah,
mereka bersekolah. Orang ke universiti, mereka juga ke universiti. Orang
bekerja, mereka bekerja. Orang kahwin, mereka pun kahwin. Dan jika orang lain tidak melalui jalan mereka, maka
orang itu dilihat songsang.
Ada juga yang
mempunyai tujuan hidup cukup sekadar elak rasa ‘malu’ jika jawab “Saya tidak
memiliki tujuan hidup” kalau ditanya
orang.
Tujuan hidup dan sistem nilai
Sejak di sekolah
rendah, saya diajar tentang cita-cita. Saya masih ingat cita-cita saya tercatat
dalam laporan kemajuan murid bersama keputusan-keputusan peperiksaan yang lain.
Saya pernah bercita-cita untuk menjadi bomba, kemudian polis, kemudian pelukis
dan termasuklah jurutera. Semua cita-cita ini menjurus kepada kerjaya
semata-mata. Kita telah diajar untuk bercita-cita dalam bidang kerjaya tetapi
tidak dalam bidang kehidupan yang lain. Amat jarang kanak-kanak yang meletakkan cita-cita “mati syahid” atau
“menjadi ibu solehah” atau “ menjadi manusia yang tidak pernah berbohong”.
Kalau ada murid yang bercita-cita begitu, dia akan dilihat pelik. Ibu bapa pula
akan berasa sedih dan malu jika anak-anak mereka gagal mendapat tempat di
universiti tetapi tidak berasa apa-apa
jika gagal mendapat tempat sebagai ahli masjid. Ponteng ke kelas rasa bersalah,
ponteng solat tidak mengapa, boleh qada! Ini kerana mereka telah meletakkan nilai menjadi pelajar universiti lebih tinggi dari nilai menjadi ahli masjid.
Tujuan hidup bukan kita yang tentukan
Ada orang meletakkan kaya sebagai tujuan hidup.
Ada yang mahu memiliki perniagaan yang besar sebagai tujuan hidup.
Ada yang mahu menjadi selebriti sebagai tujuan hidup.
Itu semua betul, tetapi bagi saya belum cukup klimaks. Ini tujuan hidup separuh jalan. Orang sebegini, apabila telah mencapai apa yang dihajatkan, pasti akan mencari tujuan hidup yang lain. Apa yang dimiliki terasa belum cukup 'bermakna'.

Apakah tujuan hidup?
Pihak yang paling layak untuk menjawab soalan ini ialah Tuhan yang menciptakan kita. Mustahil Tuhan yang bijaksana mencipta kita tanpa sebarang tujuan. Hanya orang gila melakukan sesuatu tanpa tujuan.
Sekiranya tujuan hidup kita tidak merujuk kepada Tuhan, dibimbangi kita akan sesat jalan. Habis punah dan sia-sialah apa yang kita usahakan.

setuju
ReplyDelete