Pages

Saturday, 29 April 2017

Isu “Jahanam PAN”: Teguran buat para sahabatku dalam PAS

Tersebar video Ketua Dewan Ulama PAS Kedah menyebut “Jahanam PAN” ketika berlangsung muktamar Dewan Ulama PAS Pusat.

Ramai rakan-rakan saya dari Parti Amanah Negara telah mengulas perbuatan tersebut di dinding-dinding Facebook mereka. Ulasan mereka bermacam-macam ‘gaya’. Ada yang bernada marah, ada bernada sedih, ada bernada sinis, dan ada yang bernada  ‘tanpa perasaan’. Ramai pula yang memaafkan dan mendoakan kebaikan  buat PAS.

Ada yang berkata, “alangkah baiknya akhlak AMANAH berbanding PAS.”

Saya menyambut baik semua reaksi mereka. Walau apa pun niat dan ‘nada’ mereka, saya anggap ia satu teguran dan doa yang baik.  Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak.

Friday, 21 April 2017

PAS: Genius atau bodoh?

Saya percaya bahawa semua manusia adalah bijak (kecuali orang gila). Asalnya tidak ada yang bodoh. Apa yang membezakan kita adalah antara ‘sangat bijak’ dan ‘terlajak bijak’.  

Kata orang putih;

The difference between genius and stupidity is that genius has its limits.”

‘Sangat bijak’ diistilahkan sebagai genius. Manakala ‘terlajak bijak’ pula diistilahkan sebagai stupid atau bodoh.  Jadi, istilah ‘bodoh’ itu bukanlah bermaksud ‘tidak bijak’, sebaliknya bermaksud ‘terlajak bijak’.

Orang genius, kebijaksanaannya ada had. Manakala orang ‘terlajak bijak’(bodoh) pula, ‘kebijaksanaan’nya tidak bertepi (infiniti).


Saturday, 15 April 2017

PAS dan Parti Amanah Negara: Segalanya bermula dengan “kecenderungan”

Al-Quran adalah sebaik-baik kitab hujah. Seawal surah Al-Baqarah lagi Al-Quran memberitahu hanya manusia yang mempunyai ‘tarikan’/kecenderungan/kehendak kepada takwa sahaja yang dapat mengambil petunjuk dari Al-Quran.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqarah 2:1-2)

Perhatikan, Al-Quran yg merupakan kitab hujah yang paling unggul yang diturunkan oleh Allah S.W.T sendiri mengakui bahawa manfaat Al-Quran hanya boleh diambil oleh orang-orang yang bertakwa atau ada kecenderungan/tarikan takwa.  Jika orang itu tidak bertakwa serta enggan bertakwa, ia hanya mampu menjadi ‘penerangan’ sahaja.  Hujah Al-Quran yang terunggul itu pun tidak mampu lagi ‘ditarik’ untuk dijadikan petunjuk.

Maksud firman Allah S.W.T:

“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”
(A-li'Imraan 3:138)

Friday, 7 April 2017

PAS dan Parti Amanah Negara: Adakah kita berkongsi rasa ‘sakit dan demam’ yang sama?

(Kenangan lalu mengusik jiwa. Pakain boleh diseragamkan, tapi hati lain-lain.)

Segelintir rakan-rakan saya yang amat saya kasihi dan hormati telah memilih untuk ber’hijrah’ bersama Parti Amanah Negara. 

Saya ‘membaca’ pergerakan mereka dan pimpinan mereka. Peringkat awal, saya masih boleh ‘berlapang dada’ dengan tingkah laku mereka.  Ketika mereka menubuhkan ‘wadah baru’ yang bukan bersifat politik, saya berlapang dada. Saya memujuk diri, “baguslah PAS ada banyak NGO. Mana-mana ruang yang PAS tak boleh masuk atas keterbatasannya sebagai parti politik, NGO ini boleh bantu.”

Malah ketika mereka berdaftar sebagai parti politik, saya masih boleh berlapang dada. Hati saya memujuk “sedangkan dengan PKR dan DAP yang berbeza ideologi pun PAS masih boleh berpakat, takkanlah dengan PAN yang berfikrah Islam tidak boleh.”

PAS DAN PARTI AMANAH NEGARA: PERBEZAAN KECIL BERIMPAK BESAR

 Saya tertarik dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Ahmad Awang (UAA) selaku Penasihat Umum Parti Amanah Negara yang bertajuk “fahami perbezaan kita”.  (Kenyataan penuh disertakan di bawah). Antara isi penting dari kenyataan beliau adalah;

1. Parti Amanah Negara tidak berbeza (dengan PAS) dari sudut  aqidah dan ideologi perjuangan. Perbezaan hanyalah dari sudut pendekatan politik dan strategi perlaksanaan sahaja. Oleh itu, tidak wajar berlakunya hukum menghukum hanya kerana perbezaan pendekatan politik.

2. Ahli Parti Amanah Negara dinasihatkan agar bersabar dengan tohmahan pihak tertentu serta bersikap lemah lembut dan jangan bersikap kasar seperti yang disarankan dalam oleh Al-Quran dalam Surah Al-Imran ayat 159.

Walaupun keseluruhan kenyataan ditujukan kepada ahli parti beliau, saya rasa pengajarannya boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Secara peribadi, saya amat bersetuju bahawa ahli Parti Amanah Negara tidak wajar di’hukum’ dengan tuduhan berkaitan aqidah. Manakala bagi mereka yang ditohmah dengan tuduhan yang buruk pula, sebaiknya bersikap bersabar dan berlemah lembut. Jangan pula tuduhan buruk dibalas dengan tuduhan buruk.

Bagi saya, ini satu nasihat yang baik dan perlu disambut dengan baik.

Selain itu, ada perspektif lain yang menarik perhatian saya. Saya rasa terpanggil untuk mengulas kenyataan beliau  dari 2 perspektif;

Thursday, 6 April 2017

PAS KENA TIPU DALAM ISU RUU355?: KITA LIHAT APA YANG KITA MAHU LIHAT


(Sumber gambar: http://www.1media.my/2017/04/2-khabar-gembira-dari-parlimen.html)

Anda lihat apa yang anda mahu lihat. Orang putih kata, “You see what you want to see”.

Seringkali sesuatu  kejadian itu bersifat ‘neutral’. Positif tidak, negatif pun tidak. Baik tidak, buruk pun tidak. Bagaimana kita melihat dan memberi reaksi itulah yang menentukan baik atau buruk, positif atau negatif.

Dalam isu RUU355, ada pihak mengatakan “ini mainan politik UMNO”. Mereka menambah, “PAS sudah kena game dengan UMNO”. Lebih buruk lagi mereka berkata, “TGHA dan pimpinan PAS sudah termakan dedak UMNO hingga sanggup tipu ahli-ahli PAS yang jumud dan kolot”. Mereka ‘memilih’ untuk melihatnya dari sudut negatif. Maka, reaksi mereka negatif.

Sudah berbuih mulut pemimpin PAS memberi penerangan melihat isu ini dari perspektif positif. Tetapi nampaknya usaha itu “ibarat mencurah air ke daun keladi.”

Ada di kalangan mereka yang berkata, “Berapa kali nak bagitau kat hangpa, PAS kena main dengan UMNO. UMNO hanya hendak pecahkan Pakatan Rakyat. Awat susah sangat hendak faham?

Begitulah....