Katakanlah:
"Datangkanlah olehmu sebuah kitab dari sisi Allah yang kitab itu lebih
(dapat) memberi petunjuk daripada keduanya (Taurat dan Al Quran) niscaya aku
mengikutinya, jika kamu sungguh orang-orang yang benar". (Al-Qasas: 49)
Dalam satu sembang-sembang kumpulan whatsapp, saya bertanya,
“Apa yang bestnya jadi orang Islam?”
Macam-macam jawapan yang saya terima. Ada jawapan yang ‘nakal’, ada jawapan
yang serius. Antara jawapan yang menarik
perhatian saya;
“ Islam ni make sense. Yang lain
banyak keraguan dan bertentangan fitrah.”
Dalam entri ini, saya ingin ulas sedikit jawapan yang diberikan oleh rakan
saya ini. Mudah-mudahan, dengan banyak menyebut dan mengingati nikmat Tuhan
ini, akan bertambahlah rasa cinta kepada agama Islam yang suci ini, seterusnya membantu
kita menjadi hamba yang bersyukur.
Nikmatnya memiliki ajaran agama, sistem hidup, atau ideologi yang masuk akal
Katakanlah: "Datangkanlah olehmu
sebuah kitab dari sisi Allah yang kitab itu lebih (dapat) memberi petunjuk
daripada keduanya (Taurat dan Al Quran) niscaya aku mengikutinya, jika kamu
sungguh orang-orang yang benar". (Al-Qasas: 49)
Cabaran ini telah diungkapkan dalam Al-Quran sejak lebih 1,400 tahun dulu.
Sehingga sekarang, dengan pelbagai percambahan pemikiran yang muncul, tiada
satu pun ajaran/kitab yang dapat menandingini kesempurnaan dan kehebatan ajaran
Islam!
……………….
Suatu hari, pintu rumah saya diketuk oleh seseorang.
Menerusi lubang pintu, saya dapat melihat
dua orang berpakaian hitam sedang berdiri di hadapan pintu. Gayanya
seperti mubaligh kristian! Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2002, iaitu semasa saya bermastautin di Jepun. Sememangnya, waktu itu mubalgih Kristian dari
pelbagai mazhab begitu giat menjalankan ‘dakwah’ mereka dikalangan masyarakat
Jepun. Pintu rumah saya sering diketuk oleh golongan ini. Biasanya saya tidak
akan buka pintu. Tetapi, saya sering tertanya-tanya apa agaknya yang kurangnya
ajaran Islam dari perspektif ajaran agama lain. Maka, pada hari itu saya
‘memberani’kan diri untuk membuka pintu. Pada mulanya saya rasa gemuruh juga.
Pengetahuan saya tentang Islam tidaklah banyak. Takut-takut akidah saya
terpesong!
Tidak banyak yang dapat saya ingat butir-butir perbualan kami. Setakat yang
saya ingat, mereka memberitahu bahawa orang ‘beriman’(kepada ajaran mereka)
akan dihidupkan semula suatu hari nanti. Syurga bagi mereka bukanlah di alam
akhirat, tetapi di dunia ini. Bezanya, kehidupan baru itu diliputi keamanan,
kesejahteraan, tiada persengketaan, tiada kesakitan, hidup selama-lamanya tanpa
kematian, dan live happily ever after.
Orang jahat pula akan dibiarkan terus menjadi tanah dan tidak akan dihidupkan
semula. Mereka tidak percaya kepada kewujudan neraka. Bagi mereka, Tuhan itu
penyayang. Mustahil Tuhan yang Maha Penyayang pada pandangan mereka sanggup
menyiksa manusia yang ingkar.
(Ini antara gambaran 'syurga dunia' bagi fahaman Jehovah. Semasa di Jepun dulu, saya sering menerima risalah yang menunjukkan gambar-gambar keindahan 'syurga dunia' seperti ini. Seolah-olah inilah antara selling-point ajaran agama ini.)
Saya berkata kepada pasangan
mubaligh ini,
“Kalau begitu, lebih baik awak masuk agama saya. Sebab, kalau agama saya
yang benar, awak akan masuk neraka. Tapi, kalau agama awak yang benar, saya
cuma menjadi tanah je!”
Saya tidak ingat apa jawapan mereka. Apa yang saya ingat, sebelum mereka
pulang, mereka minta nombor telefon saya. Mereka kata akan datang lagi.
Barangkali mereka mahu menyediakan jawapan yang lebih bernas. Tetapi, itulah
kali pertama dan terakhir saya bercakap dengan mereka.
Secara keseluruhannya, saya dapati ajaran Islam cukup mententeramkan akal
dan hati. Dengan mempelajari sedikit sebanyak tentang Islam, ia telah mengubah
secara keseluruhan paradigma saya tentang erti kehidupan.
No comments:
Post a Comment