Pages

Monday, 31 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini (10) – Syoknya menjadi orang Islam pada nikmatnya dikurniakan Al-Quran

Dalam satu kumpulan whatsapp, saya bertanya,

“Apa yang bestnya jadi orang Islam?”

Sesetengah jawapan saya telah kongsikan dalam entri-entri terdahulu. Kali ini, saya terpanggil untuk menghuraikan salah satu jawapan yang diberikan oleh kawan saya,

“Bestnya jadi Islam – ada GUIDANCE.”

Ya, kita ada Al-Quran. Al-Quran adalah nikmat yang berupa petunjuk. Mudah-mudahan, dengan mensyukuri nikmat Allah ini, Allah akan menambahkan lagi nikmat itu kepada kita semua. Amin!

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Ibrahim 14:7)
(Ini ialah guitar tuner yang digunakan untuk tune sebuah gitar. Al-Quran pula bagi saya adalah sebuah tuner untuk tune manusia. Sumber)

Monday, 24 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini (9) – Syoknya menjadi orang Islam pada ajarannya yang masuk akal.

Katakanlah: "Datangkanlah olehmu sebuah kitab dari sisi Allah yang kitab itu lebih (dapat) memberi petunjuk daripada keduanya (Taurat dan Al Quran) niscaya aku mengikutinya, jika kamu sungguh orang-orang yang benar".  (Al-Qasas: 49)

Dalam satu sembang-sembang kumpulan whatsapp, saya bertanya,

“Apa yang bestnya jadi orang Islam?”

Macam-macam jawapan yang saya terima. Ada jawapan yang ‘nakal’, ada jawapan yang serius.  Antara jawapan yang menarik perhatian saya;

“ Islam ni make sense. Yang lain banyak keraguan dan bertentangan fitrah.”

Dalam entri ini, saya ingin ulas sedikit jawapan yang diberikan oleh rakan saya ini. Mudah-mudahan, dengan banyak menyebut dan mengingati nikmat Tuhan ini, akan bertambahlah rasa cinta kepada agama Islam yang suci ini, seterusnya membantu kita menjadi hamba yang bersyukur. 

Thursday, 20 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini (8) – Ketenangan dalam meyakini hari pembalasan

“Wahai sekelian rakyat yang dungu. Kalian sudah mengetahui bahawa kami adalah sang penguasa yang jahat. Tapi kalian tidak ada pilihan lain, sebab pakatan pembangkang lebih jahat dari kami! Pilihlah samada mahu pilih kami yang jahat, atau pembangkang yang lebih jahat!”.  


Firman Allah S.W.T,

“Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.” (Ad-Dhuha: 11)

Dalam entri kali ini, saya menyentuh sedikit sebanyak tentang nikmatnya meyakini hari pembalasan. Mudah-mudahan, dengan merenungkan kembali nikmat-nikmat Allah ini, akan timbul rasa kasih dan sayang pada agama suci ini, lalu segarlah kembali hati yang sering lalai dan lupa.

Tuesday, 18 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini (7) – Seronoknya memiliki pandangan hidup yang jelas

“Kepada sesiapa yang sudi dan free, aku nak tanya ni. Soalan simple je.  Apa bestnya jadi orang Islam?”

Ini soalan yang saya ajukan kepada satu kumpulan whatsapp. Ahli-ahlinya terdiri dari rakan-rakan sama batch semasa sekolah asrama dulu .Tujuannya sekadar mahu berborak santai tetapi berfaedah. 

Antara jawapan awal yang muncul;

“Tiada kulup. ”

“Boleh poligami.”

Saya ketawa sendirian membaca jawapan diluar kotak sebegini.  Saya tahu mereka sebenarnya ada jawapan yang lebih baik. Namun beginilah kami. Apabila berkumpul walaupun dalam alam maya, akan terbawa-bawa perangai semasa zaman ‘nakal’ kami.

Di sebalik jawapan nakal itu, muncul banyak jawapan-jawapan yang lebih matang. Saya tidak mampu catatkan semuanya.  Saya pilih sebahagian jawapan yang saya rasa selesa untuk huraikan. Mudah-mudahan, dengan merenung kembali nikmat-nikmat Allah ini, akan timbul rasa kasih dan sayang pada agama suci ini, lalu segarlah kembali hati yang sering lalai dan lupa.

(Gambar hiasan: Sumber)

Thursday, 13 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini (6) – Apa yang syoknya jadi orang Islam?

"Tidak dinafikan, kadang-kadang datang pemikiran ‘nakal’ yang mengganggap segala perintah Tuhan itu  suatu beban, lalu terdetik rasa cemburu kepada orang bukan Islam yang bagi mereka ‘semuanya halal’. "
------------------------
Susahnya hidup sebagai orang Islam

(Menziarahi masjid Kobe pada tahun 2001. Masjid ini dikatakan masjid yang pertama dibina di Jepun. Ketika gempa bumi dahsyat melanda Kobe pada tahun 1995, masjid ini tetap berdiri teguh sedangkan banyak bangunan-bangunan disekelilingnya runtuh dan menelan nyawa lebih 6,000 orang)

“Orang Islam kena solat 5 kali sehari, kena berpuasa selama sebulan, tidak boleh makan babi, tidak boleh minum arak, orang perempuan perlu menutup rambut, tidak boleh bergaul bebas lelaki dan perempuan. Banyak sangat perintah dan larangan. Agama yang menyusahkan. Tiada kebebasan.”

Monday, 10 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (5) - Pemikiran zaman SPM vs pemikiran sekarang

Suatu pagi, Sofi, anak perempuan kesayangan saya yang berumur tujuh tahun berkata,

“Ayah, hari ni Sofi tak nak pakai tudung ke sekolah.”

Saya bertanya, “Eh, kenapa pula? Kan dah elok pakai tudung?”

Sofi menjawab, “Hari ini tiada subjek Agama Islam. Tak pakai tudung pun takpe.”

Saya tersentak seketika. Disamping akal ligat memikirkan apakah approach terbaik untuk memujuk Sofi supaya bertudung,  saya berkata kepada diri sendiri,

“Ini macam pemikiran aku masa zaman SPM dulu.”

( Serangan pemikiran berlaku di mana-mana dan bila-bila sahaja tanpa kita sedari. Sumber gambar)

Thursday, 6 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (4) - Nostalgia peristiwa Subuh

Izinkan saya bernostalgia. Di suatu subuh, saya dan beberapa orang rakan sedang terperangkap di atas siling bangunan asrama tempat kami menginap. Suasana waktu itu begitu cemas dan menggelisahkan. Kami cemas bukanlah kerana ada kebakaran, atau pintu asrama terkunci. Tetapi, kerana kenakalan kami yang cuba untuk ponteng dari menghadiri kuliah Subuh di masjid! Ia berlaku pada tahun 1995, sewaktu saya tingkatan empat, di sebuah sekolah berasrama penuh.


(Kebetulan waktu itu filem Under Seige 2 lakonan Steven Seagal sedang  hangat ditayangkan di pawagam. Filem ini mengisahkan sekumpulan penjahat yang menawan sebuah keretapi. Hero dalam filem ini (lakonan Steven Seagal) terperangkap di dalam keretapi tersebut. Sama seperti saya dan rakan-rakan yang terperangkap dalam asrama. )

Monday, 3 August 2015

Apa yang saya mahu dalam hidup ini? (3)


“Mengapa saya memilih agama Islam?”

Mungkin pelik saya mengajukan soalan ini kepada diri saya sendiri sedangkan saya dilahirkan sebagai orang Islam. Tapi, bagi saya, selagi saya tidak dapat menjawab soalan ini kepada diri sendiri dengan jujur dan ikhlas, selagi itulah saya belum berpuas hati dengan status keIslaman saya. Atau Islam saya hanya berdasarkan warisan dan budaya masyarakat sahaja. Bagi saya, soalan ini sangat kritikal untuk dijawab secara jujur oleh setiap individu yang mengaku muslim kepada diri mereka sendiri. Untuk mendapat jawapan yang diri sendiri yakini, maka mereka perlu mendalami Islam  sehingga ia mampu berkata kepada diri sendiri,

"Sekiranya aku dilahirkan sebagai bukan Islam sekali pun, namun melalui ilmu yang aku pelajari ini beserta keyakinanku aku akan tetap memilih untuk beragama Islam”.