Kebatilan tersusun vs kebenaran
berterabur
Sebenarnya sang penguasa zalim tidak ramai
dan tidaklah sekuat mana. Tetapi mereka buat kerja secara tersusun dan
'berjemaah'.
Mereka menguasai posisi-posisi penting dalam
pemerintahan, sistem pendidikan, badan kehakiman, pembuat undang-undang, polis dan media massa.
Mereka menggunakan segala instrumen ini untuk
melindungi kebobrokan mereka.
Mereka begitu bersatu padu merentas
sempadan kaum dan agama atas 'aqidah' 'pembolotan kekayaan maksima'.
Manusia baik pula sebenarnya ramai...
Tetapi yang ramai ini tidak berbuat apa-apa.
Mereka hidup berpecah belah dan pengecut.
Kata Saidina Ali, “ Kebatilan yang tersusun
akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”.
Nak tegur kesilapan bini pun takut malam
nanti tak 'dapat'... Nak tegur kesilapan rakan pun takut kononnya akan
disisihkan... Apalagi nak diharapkan pada jiwa begini untuk tegur kesilapan
pemerintah zalim?!
Akhirnya mereka hidup dalam keadaan
diperalatkan oleh sang penguasa zalim sehingga tidak mampu lagi berfikir lurus. Ketika itulah penguasa zalim bertambah
kuat dan ramai pengikut!
Untuk tutup sifat pengecut itu, mereka
berselindung di sebalik ungkapan 'sabar', 'ada hikmah disebaliknya' dan
'takdir'... Betapa kalimah yang mulia ini telah disalahgunakan!
Benarlah maksud hadith yang menyatakan umat
Islam akhir zaman ini ramai, tetapi mereka umpama buih di lautan. Mereka
ditimpa penyakit wahn, iaitu cintakan dunia dan takutkan mati...
Tiada cara lain untuk elakkan penyakit wahn ini, selain kembali berpegang teguh dengan ajaran agama yang diajar di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Peringatan untuk diriku juga...
(Semasa menulis catatan ini, saya terkenang kepada gambar lelaki yang berdiri tegak bersenjata itu. Gambar lelaki yang berdiri tegak itu lebih 'menggerunkan' saya berbanding gambar mayat yang digantung songsang disebelahnya. Pengajarannya; Bebaskan pemikiran dan jiwa dari belenggu pemikiran asing dengan kembali kepada ajaran Al-Quran seutuh-utuhnya.)
…………………..